awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan pemakaian lencana Jalur Gemilang diperluas ke Tabika Perpaduan - Aaron

Bernama
Bernama
22/04/2025
21:15 MYT
Cadangan pemakaian lencana Jalur Gemilang diperluas ke Tabika Perpaduan - Aaron
Aaron menyampaikan ucapan perasmian pada Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2025 dan penyerahan Baucar Buku Semarak Membaca 2025 yang diadakan sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia pada Selasa. - Foto BERNAMA
SUNGAI PETANI: Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan agar pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah diperluas ke Tabika Perpaduan.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata inisiatif itu dilihat sebagai langkah yang baik dalam usaha menyemai semangat cintakan negara sejak di peringkat awal perkembangan kanak-kanak.
Beliau berkata terdapat 781 Tabika Perpaduan membabitkan 34,654 murid di seluruh negara.
"Boleh dicadangkan (untuk pelajar Tabika Perpaduan) tiada masalah kerana itu akan memberi meningkatkan semangat patriotisme kepada negara," katanya selepas merasmikan Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2025 dan Baucar Buku Semarak Membaca 2025 yang diadakan sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia di sini pada Selasa.
Pada Isnin, murid sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) mula memakai lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah masing-masing.
Langkah tersebut melibatkan sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi serta Institut Pendidikan Guru Malaysia, dengan objektif menyemai semangat patriotisme dalam kalangan murid dan warga pendidik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalur Gemilang
#Tabika Perpaduan
#semangat patriotisme
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan