awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan pembinaan tembok: Kelantan perlu hampir RM450 juta kos pengambilan tanah - MB

Bernama
Bernama
17/11/2024
05:30 MYT
Cadangan pembinaan tembok: Kelantan perlu hampir RM450 juta kos pengambilan tanah - MB
Antara kawasan yang terlibat dalam kawasan pembinaan tembok di sepanjang Sungai Golok. - Gambar/ Bernama
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memerlukan kira-kira RM445.748 juta bagi kos pengambilan balik tanah di kawasan yang terlibat dalam cadangan pembinaan tembok dan zon penampan di sempadan Malaysia-Thailand sepanjang Sungai Golok, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Kelantan memerlukan RM445.748 juta untuk kos pengambilan balik tanah bagi pembinaan tembok dan zon penampan di sempadan Malaysia-Thailand sepanjang Sungai Golok.
  • Tembok ini akan membantu membanteras jenayah penyeludupan dan mengatasi masalah banjir di kawasan sepanjang 99 kilometer di Sungai Golok, sekali gus memberi impak positif kepada ekonomi negeri.
  • Cadangan pembinaan tembok keselamatan dan kawalan banjir sedang diteliti oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan akan dimuktamadkan kemudian.

Beliau berkata cadangan pembinaan tembok keselamatan dan kawalan banjir berkenaan sangat relevan untuk ekonomi negeri.
"Pembinaan tembok sempadan Malaysia-Thailand mampu menangani dan membanteras jenayah penyeludupan serta mengatasi masalah banjir di kawasan Sungai Golok iaitu sepanjang 99 kilometer," katanya pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bersama Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan meneliti cadangan pembinaan tembok keselamatan banjir berkenaan, dan ia akan dimuktamadkan di peringkat MKN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sungai Golok
#tembok sempadan
#Kelantan
#kos pembinaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan