awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesta Sauk Sotong berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perlis
Wanita warga emas maut dalam kebakaran rumah di Kota Bharu
Pelarasan jadual bas elektrik tingkatkan pengalaman pelancong ke Semenggoh

Cadangan penubuhan jawatankuasa khas anak muda di masjid akan diteliti - Zulkifli

Bernama
Bernama
25/01/2026
13:00 MYT
Cadangan penubuhan jawatankuasa khas anak muda di masjid akan diteliti - Zulkifli
Anwar, beramah mesra dengan sebahagian pelajar tahfiz pada Majlis Perjumpaan Bersama Pelajar Sekolah Tahfiz di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan meneliti cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan jawatankuasa khas anak muda di masjid, sebagai usaha memperkukuh peranan belia.

Ringkasan AI
  • Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan meneliti cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan penubuhan jawatankuasa khas anak muda di masjid.
  • Cadangan ini bertujuan memperkukuh peranan belia dalam merancang dan melaksanakan program yang memakmurkan masjid.
  • Menteri Dr Zulkifli Hasan menyokong penuh usaha untuk memperkasakan masjid sebagai pusat pembangunan ummah dan pembinaan akhlak generasi muda.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata penelitian itu akan dibuat bersama beberapa jabatan, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh cadangan Perdana Menteri yang memberi ruang kepada golongan belia untuk merancang dan melaksanakan program yang memakmurkan masjid sebagai pusat pembangunan ummah dan pembinaan akhlak generasi muda," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata masjid berperanan sebagai pusat tarbiah dan pembinaan sahsiah ummah, berlandaskan contoh Nabi Muhammad SAW melalui Masjid Nabawi dan wajar diperkasakan sebagai ruang mesra anak muda yang beradab, inklusif serta patuh syariat.
Justeru, kata Zulkifli pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh jabatannya, termasuk Program Kariah Madani dan Kuliah Zuhur oleh asatizah muda di Surau Parlimen.
Penglibatan belia juga, katanya akan diperluas melalui Himpunan Asatizah Muda Kebangsaan (Hamka) pada Februari ini yang akan menghimpunkan lebih 1,000 asatizah muda bagi memperkasakan pembangunan ummah dan penyebaran ilmu berimpak.
Semalam, Perdana Menteri dilaporkan mencadangkan supaya jawatankuasa khas anak muda ditubuhkan di setiap masjid bagi memberi ruang kepada belia merancang dan melaksanakan program kemasyarakatan dan keagamaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak muda
#patuh syariat
#pusat tarbiah
#jawatankuasa khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.