awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan Penubuhan RCI Tragedi Memali ke jemaah menteri

Mazni Mustafa
Mazni Mustafa
18/02/2018
09:11 MYT
Cadangan Penubuhan RCI Tragedi Memali ke jemaah menteri
Zahid menyaksikan majlis penyerahan sumbangan oleh Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya (kanan) kepada Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Zulkifli Abdullah (kiri) hari ini. - Foto Bernama
Kerajaan akan membawa cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat tragedi Memali pada 1985 kepada Jemaah Menteri, sebelum memutuskan tempoh sesuai bagi penubuhannya.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tugas RCI adalah untuk menyiasat dalang penting yang telah mengarahkan operasi Memali dilakukan.
“Jika ada sebarang unsur penganiayaan atau kezaliman dilakukan oleh sesiapa sahaja yang telah mengeluarkan arahan sedemikian, maka tugas RCI ini adalah untuk menyiasat siapakah orang yang menjadi tokoh penting dalam mengarahkannya,” katanya ketika ditemui di program Majlis Santai TPM Bersama Warga PDRM Kementerian Dalam Negeri Bagan Datuk Hilir Perak di Balai Polis Hutan Melintang, di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar.
Dalam pada itu Zahid berkata, penelitian penubuhan RCI ini melibatkan tiga elemen utama yang menjurus kepada tragedi berdarah Memali di Baling, Kedah lebih 30 tahun lalu.
“Pertamanya jika ada arahan yang dilakukan kepada pihak PDRM ketika itu untuk melakukan penembakan yang menyebabkan kematian kepada bukan sahaja keluarga Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya, tetapi ramai lagi mangsa yang mengalami keadaan itu.
“Kita tahu tindakan yang merupakan elemen kedua oleh pihak polis adalah berdasarkan kepada arahan, dan kita harap arahan ini yang bersandarkan kepada menjaga soal keselamatan bukan kerana arahan politik,” jelasnya.
Peristiwa Memali mencetuskan pertempuran antara pihak keselamatan dengan penduduk tempatan yang akhirnya mengorbankan 18 orang termasuk guru agama, Ibrahim Libya serta empat anggota polis.
Topic Berkaitan
#ADUN
#guru
#Kedah
#keluarga
#Kementerian Dalam Negeri
#kerajaan
#keselamatan
#Libya
#mangsa
#memali
#menteri
#operasi
#PDRM
#Perdana Menteri
#polis
#politik
#RCI
#siasatan
#Timbalan Perdana Menteri
#TPM
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan