awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber dijangka dibentang Jun ini

Bernama
Bernama
19/02/2023
04:40 MYT
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber dijangka dibentang Jun ini
Fahmi ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Khatan Perdana Parlimen Lembah Pantai di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi hari ini. -Bernama
KUALA LUMPUR: Cadangan penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia kini dalam peringkat sesi libat urus bersama agensi-agensi berkaitan bagi membincangkan pelbagai aspek perundangan yang berkaitan serta bentuk suruhanjaya itu sendiri.
Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil berharap cadangan penubuhan itu dapat dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini selepas mendapat kelulusan Kabinet serta pengurusan tertinggi.
"Saya menjangkakan sekiranya perlu diwujudkan suruhanjaya ini, ia makan masa setahun atau dua tahun, ia bukan begitu cepat.
"Tetapi fungsi atau bidang kuasa tugas (mengawal keselamatan siber) dipikul badan seperti CyberSecurity Malaysia (CSM) akan diteruskan," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Majlis Khatan Perdana Parlimen Lembah Pantai di sini, hari ini.
Selain itu, Fahmi juga berhasrat untuk mengkaji semula dasar kriptografi negara untuk memperkemas semula aspek keselamatan data di negara ini.
Katanya kriptografi melibatkan penyulitan (encryption) yang merupakan kunci keselamatan data dan ketika ini, negara-negara lain telah mula melaksanakan dasar baharu melibatkan kriptografi kuantum iaitu bidang matematik yang lebih advance.
Pada Januari lepas, Fahmi dilapor berkata KKD berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia sebagai langkah memperkukuh keselamatan siber di negara ini.
Berkenaan Majlis Khatan Perdana Parlimen Lembah Pantai yang berlangsung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Fahmi berkata program berkenaan diadakan sekurang-kurangnya sekali setiap tahun di kawasan Parlimen itu bagi membantu golongan B40.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Dewan Rakyat
#Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia
#CyberSecurity Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan