KUALA LUMPUR: Satu memorandum Jemaah Menteri dijangka dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri September ini bagi membolehkan Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik dibentangkan di sidang Parlimen pada Oktober depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perbincangan telah diadakan bersama beberapa pihak berkepentingan berhubung perkara tersebut.
Menurut beliau, antara dasar penting yang dibincangkan ialah berhubung penubuhan entiti pengawalseliaan sumbangan politik, penyumbang yang dibenarkan dan penetapan penalti ke atas kesalahan di bawah undang-undang ini.
Perbincangan, kata beliau, telah diadakan bersama Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, JPM (BHEUU, JPM).
‘’Selain itu, pihak GIACC diarah memperhalusi perkara-perkara dasar ini dan pihak BHEUU dan AGC menyediakan draf pentadbiran dengan mengambil kira pandangan serta contoh- contoh yang diberikan pihak CSO dan NGO.
‘’Pada masa sama, analisa perbandingan (comparative analysis) pemakaian undang-undang ini dari negara-negara lain perlu dilaksanakan bagi tujuan penanda aras undang-undang ini,’’ kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Selain itu, Wan Junaidi juga menyarankan agar undang-undang ini diselaraskan dengan undang-undang sedia ada di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Dalam masa sama, beliau menyarankan agar draf RUU disediakan secepat mungkin bagi membolehkan sesi libat urus diadakan dengan semua pemegang taruh mengikut garis masa yang akan disediakan oleh GIACC.
“Bagi menunjukkan ketelusan dan akauntabiliti dalam tadbir urus politik, adalah wajar undang-undang ini dilaksanakan dengan segera,” tambah Wan Junaidi lagi.
Astro Awani
Sat Aug 13 2022
Menurut Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, memorandum itu bagi membolehkan Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik dibentangkan di sidang Parlimen pada Oktober 2022.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Tun Wan Junaidi dianugerah Darjah Satria Bintang Sarawak
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima anugerah Darjah Satria Bintang Sarawak yang membawa gelaran "Pehin Sri".
Wan Junaidi sifatkan Tun Abdul Taib sebagai "Tunjang Keharmonian Sarawak"
Tun Taib telah menyemai semangat keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak.
Wan Junaidi kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 123 penerima
Mendahului senarai 10 penerima anugerah Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran "Datuk Seri" ialah Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang.
Speaker baharu dipilih 19 Feb ini dalam satu persidangan khas Dewan Negara
Speaker sebelum ini Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah melepaskan jawatannya pada Januari lepas, untuk dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Wan Junaidi zahir penghargaan atas sumbangan Abdul Taib
Katanya, dalam tempoh perkhidmatan kerajaan yang luar biasa selama 51 tahun, Abdul Taib sinonim dengan pembangunan luar biasa Sarawak.
Pengganti Speaker Dewan Negara telah diputuskan - Fahmi
Bagaimanapun, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Calon Speaker Dewan Negara sudah dimuktamadkan - Fahmi
Kerajaan sudah memuktamadkan nama Speaker Dewan Negara dan akan diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum sidang Dewan bermula.
Wan Junaidi angkat sumpah Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar selamat mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan dalam Majlis Istiadat Angkat Sumpah di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.
TYT Sarawak bertemu wakil ketua agama UNIFOR
Tun Wan Junaidi berkesempatan untuk beramah mesra bersama-sama dengan wakil ketua agama yang hadir, sekali gus berbincang mengenai perkara-perkara berkaitan dengan UNIFOR.
Wan Junaidi tokoh berjasa besar pada Sarawak, Malaysia - Fadillah
Pelantikan Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan semalam bersesuaian dengan jasa dan sumbangan beliau kepada negeri dan negara secara keseluruhan.