PKR menolak cadangan penggubalan undang-undang gangguan seksual untuk melindungi lelaki
daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah seperti rogol dan cabul.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyatakan pendirian tersebut berkata, cadangan tersebut tidak munasabah dan menghina kaum wanita.

"Cadangan juga memberi gambaran bahawa golongan lelaki tidak bermoral dan mudah tergoda hingga boleh terlibat dengan perbuatan keji.

"Adalah lebih molek sekiranya kita memfokuskan terhadap agenda memartabatkan wanita dengan memperkasa undang-undang dalam menolak sebarang serangan seksual terhadap mereka," katanya dalam satu kenyataan.

BACA: Senator cadang wujudkan akta gangguan seksual untuk lelaki

BACA: Lelaki sejati adalah lelaki yang mampu menahan diri daripada godaan

Pada Rabu, Senator PKR, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid mencadangkan undang-undang gangguan seksual diwujudkan bagi menjamin keselamatan golongan lelaki sekali gus menjadikan negara aman.

Cadangan itu dibuat ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 di Dewan Negara.