KUANTAN:Cadangan prosedur operasi standard (SOP) bagi kebenaran mengadakan aktiviti seni termasuk penggambaran dalam dan luar studio serta acara langsung, akan dibentang pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata SOP itu yang disifatkan lebih ketat berbanding sebelum ini, diharap akan memperoleh kelulusan segera bagi memastikan kelangsungan hidup mereka yang mencari makan menerusi aktiviti seni, kerana kebanyakannya kini berdepan situasi 'tiada kerja, tiada gaji'.
"Kita faham dalam produksi drama atau filem, 80 peratus ialah kru produksi atau pekerja yang dibayar gaji secara harian. Kerja mereka menjadi terhad jika hanya dibenarkan membuat penggambaran dalam studio, kerana kebanyakan adegan berlaku di luar.
"Selain itu, turut menjadi perhatian KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia) ialah acara langsung seperti 'busking' yang menjadi rezeki, termasuk kepada orang kurang upaya (OKU). Walaupun ada yang melihat aktiviti ini sebagai halwa telinga dan bukan perkhidmatan perlu, namun ia melibatkan soal mencari makan," katanya.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian pada sidang media Program Kembali ke Sekolah 2021 di pusat khidmatnya di sini hari ini, ketika diminta mengulas rayuan penggiat seni untuk dibenarkan bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang berkuat kuasa sehingga 18 Feb ini.
Cadangan SOP itu, menurut Saifuddin dibangunkan dengan penglibatan semua pihak termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan persatuan berkaitan, selain berdasarkan pengalaman serta penyelidikan amalan syarikat produksi luar negara, dalam situasi pandemik COVID-19.
"Kami juga mendapat pengakuan daripada mereka yang memohon diberikan kebenaran, bahawa akan memastikan pematuhan SOP dan bersedia jika disyaratkan perlu mempunyai pihak luar seperti anggota Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia) sebagai pemantau, selain dipantau sendiri oleh FINAS.
"Mereka juga telah menunjukkan pematuhan kepada SOP sepanjang aktiviti itu dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), menyebabkan mereka yakin boleh mematuhi syarat yang dikenakan kali ini," katanya.
Mengulas mengenai Program Kembali ke Sekolah Saifuddin berkata, pusat khidmat beliau memperuntukkan RM300,000 bagi tujuan itu, yang melibatkan 1,080 pelajar daripada kategori B40, meningkat daripada tahun lalu iaitu RM100,000 kepada 500 pelajar.
Sumbangan seperti beg sekolah, alat tulis, botol air dan baucar pembelian keperluan sekolah bernilai RM150 seorang turut disampaikan kepada 60 anak yatim di dua buah rumah anak yatim, selain pemberian 200 set kerusi dan meja kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Karang, SK Indera Mahkota, SK Sungai Talam dan SK Cenderawasih di sini.
Terdapat 47 sekolah dalam Parlimen Indera Mahkota dengan 16 daripadanya ialah sekolah menengah, yang mana setiap satu menerima sumbangan wang tunai RM1,000 bagi penganjuran program solat hajat dan bacaan Yasin untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 07 2021

SOP itu yang disifatkan lebih ketat berbanding sebelum ini, diharap akan memperoleh kelulusan segera. - Gambar hiasan

AWANI Ringkas: MCA komited kekal bersama BN

UFC 259: 7 kemenangan berturut-turut, Islam Makhachev kini sasar kejuaraan lightweight
Petarung Rusia, Islam Makhachev menewaskan Drew Dober dari Amerika Syarikat menerusi submission pada pusingan ketiga.

Lawatan PM | Pintu Kaabah dibuka untuk Perdana Menteri
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penghormatan untuk memasuki Kaabah ketika menunaikan ibadah Umrah. Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu lain.

Seorang bapa dituduh lakukan amang seksual terhadap anak kandung
Bapa kepada tiga anak ini didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Bandar Putra Kulai pada Jun dan Febuari tahun lepas.

55 usahawan berjaya tingkat hasil jualan bawah program INSKEN - Wan Junaidi
Ia kejayaan INSKEN mempersiapkan usahawan dengan ilmu dan kemahiran yang relevan serta sesuai untuk mereka bersaing di dalam industri yang semakin mencabar.

Suhu di Bayan Lepas, George Town, KL, JB, Ipoh meningkat - Kajian
Kajian menilai taburan suhu yang dijalankan Think City mendapati lima bandar raya utama di Malaysia merekodkan peningkatan suhu yang ketara sejak beberapa dekad yang lalu.

COVID-19: Mutasi varian Nigeria tidak jejas kemampuan kesan individu dijangkiti
Ini kerana kit tindak balas Polymerase Chain Reaction (PCR) yang sedia ada menggunakan pelbagai sasaran untuk mengesan varian walaupun seseorang itu tidak bergejala.

Gempa bumi 5.8 magnitud landa wilayah Maluku
Gempa bumi dengan kekuatan 5.8 skala Richter melanda wilayah Maluku di timur Indonesia pada Ahad, menurut laporan agensi meteorologi dan geofizik.

Bekas pemain ragbi kebangsaan 'Doc Malan' meninggal dunia
Dr Mazlan Ismail, meninggal dunia akibat serangan strok pada pukul 12.58 tengah malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Vaksin COVID-19 | 127,608 disuntik sehingga hari ke-12 PICK
Seramai 127,608 individu telah divaksin dalam tempoh 12 hari fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Ser Adham Baba daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan 18,034 individu sehingga Sabtu.

Aktiviti penggambaran, operasi pawagam dibenarkan - FINAS
Aktiviti penggambaran dan operasi tayangan filem di pawagan dibenarkan melibatkan negeri yang berada di bawah PKPB dan PKPP.

Syarikat produksi perlu mohon SPP khas bagi penggambaran dalam studio - Saifuddin
Pemantauan berkala juga akan dilaksanakan di lokasi penggambaran oleh penguat kuasa Finas bagi memastikan pematuhan SOP (prosedur operasi standard) tidak dikompromi.

PKP 2.0: Industri kreatif dibenarkan beroperasi dengan SOP ketat - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata keputusan itu dibuat setelah kerajaan mengambil kira rayuan yang dibuat oleh pemain industri kreatif.

Cadangan SOP penggambaran, acara langsung dibentang ke MKN esok
SOP itu yang disifatkan lebih ketat berbanding sebelum ini, diharap akan memperoleh kelulusan segera bagi memastikan kelangsungan hidup mereka yang mencari makan menerusi aktiviti seni.

"Benarkan kami beroperasi" - Rayuan 7,000 seniman kepada kerajaan
Persatuan Seniman Malaysia percaya industri kreatif juga adalah sektor yang penting di Malaysia.

Mujur Nora Danish selamat...
Mujur pelakon popular, Nora Danish tidak terlibat dalam sebarang kejadian yang tidak diingini selepas berjam-jam terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Tapah - Cameron Highlands pada Selasa

Permohonan SPP tidak sesuai diwajibkan kepada platform media sosial - Pengarah filem
Pengendali media sosial yang terdiri daripada individu, syarikat atau produksi dilihat tidak sesuai untuk mewajibkan mereka mendapatkan Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP).

KKMM bantu syarikat produksi banyakkan filem dan drama - Saifuddin
Kementerian sedar ramai pemain industri perfileman dan seni terkesan kerana tidak dapat beroperasi ekoran pelaksanaan PKP dan PKPB.

SOP penggambaran bukan halangan penghasilan karya kreatif - Hadith Omar
Hadith Omar optimis, garis panduan itu tidak akan menjejaskan karyanya secara keseluruhan.

PKPB: Nasib jurugambar perkahwinan diketahui Selasa depan - Ismail Sabri
Nasib jurugambar perkahwinan sama ada mereka dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti sektor lain atau sebaliknya pada tempoh pandemik ini akan diketahui, Selasa depan.