awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan awal tunjuk Museveni mendahului Pilihan Raya Presiden Uganda
Indonesia sasar pengurangan kemiskinan sebagai fokus utama 2026
Kes mpox di Zambia cecah 367 sejak wabak pada Oktober 2024
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan tarif air baharu tingkat perkhidmatan air Negeri Sembilan

Bernama
Bernama
15/07/2025
14:15 MYT
Cadangan tarif air baharu tingkat perkhidmatan air Negeri Sembilan
Aminuddin menjawab pertanyaan wartawan semasa sidang media pada majlis perasmian tapak pusat beli belah baharu Aeon Seremban 2, hari ini. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Cadangan semakan tarif air di Negeri Sembilan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bertujuan menangani cabaran bekalan air serta memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan efisien untuk kesejahteraan rakyat.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Pengerusi Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) berkata langkah itu penting bagi memastikan penyelenggaraan dan pembaikan rangkaian paip air lama dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan.
"Hampir setiap tahun SAINS memperuntukkan sehingga RM20 juta bagi kerja-kerja naik taraf dan pemulihan paip lama.
"Selain itu, kita juga mahu memulihkan kembali tangki air sedia ada dan tangki yang tidak berfungsi," katanya kepada pemberita pada Majlis Pecah Tanah Pembangunan Baharu Pusat Beli-Belah AEON Seremban 2 di sini hari ini.
Sebelum ini, SPAN mengesahkan penerimaan permohonan semakan kadar tarif bekalan air daripada operator di 10 negeri yang berada di bawah kawal selia agensi itu, namun penelitian rapi masih dibuat.
Selain Negeri Sembilan, negeri terlibat adalah Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Melaka, Johor dan Pahang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#SPAN
#kadar tarif
#Sains
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan