Kementerian Pendidikan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kesihatan untuk mewajibkan suntikan vaksin kepada pelajar sekolah, kata Timbalan Menterinya Datuk P. Kamalanathan.
Beliau berkata berkata usaha tersebut adalah penting bagi memastikan kesihatan pelajar terus terjaga.
"Ia merupakan satu cadangan yang kita sedang kaji. Kita kena ambil banyak perhitungan tetapi bagi saya ia adalah satu perkara yang penting. Kesihatan pelajar merupakan perkara yang sangat penting," katanya kepada pemberita selepas Pertandingan Terbuka Bahasa Tamil 1 Malaysia sempena 200 Tahun Bahasa Tamil dalam Pendidikan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang meninggal dunia akibat dijangkiti bakteria difteria di Melaka manakala di Kedah, seorang lagi kanak-kanak berusia dua tahun turut meninggal dunia, seorang kritikal manakala lima lagi adik-beradiknya dikuarantin di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) kerana dipercayai akibat dijangkiti bakteria yang sama.
Kamalanathan berkata cadangan mewajibkan suntikan vaksin kepada pelajar sekolah dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan dan keputusan berhubung perkara itu akan diumumkan tidak lama lagi.
Beliau berkata ketika ini belum ada peraturan yang mewajibkan pelajar sekolah mendapatkan suntikan vaksin.
Mengulas lanjut mengenai pertandingan tersebut, Kamalanathan berkata ia diadakan sempena sambutan 200 tahun bahasa Tamil dalam pendidikan negara sejak pertama kali ia diajarkan di Penang Free School pada 21 Oktober 1816.
Seramai 200 pelajar daripada lebih 40 sekolah rendah seluruh Selangor menyertai pertandingan itu yang dianjurkan oleh KPM dengan kerjasama badan pengelola Creative Education Intellect.
Bernama
Sat Jun 25 2016
KAMALANATHAN: Ketika ini belum ada peraturan yang mewajibkan pelajar sekolah mendapatkan suntikan vaksin.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Krisis air minuman kanak-kanak di Gaza meruncing - Unicef
Unicef memberi amaran bahawa ketiadaan air minuman yang selamat di Gaza boleh mengancam nyawa dan menyebabkan lebih ramai kanak-kanak berisiko dijangkiti penyakit.
Gempa bumi Cianjur: Organisasi bantuan beri amaran risiko jangkitan penyakit
Save the Children iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di London memberi amaran terdapat risiko wabak penyakit berjangkit susulan gempa bumi di daerah Cianjur, Jawa Barat.
Anak gajah Nita terpaksa dimatikan kerana kecederaan serius
Seekor anak gajah yang diselamatkan ketika berusia sebulan, terpaksa dimatikan dua minggu lepas melalui kaedah suntikan ubat (eutanasia).
24 kes difteria direkodkan termasuk 5 kematian
Sembilan kes baru difteria telah dilaporkan dari 18 sehingga 21 Julai 2016 menjadikan kumulatif kes difteria kepada 24 kes termasuk lima kematian.
Keengganan ibu bapa beri suntikan vaksin satu penganiayaan - KPWKM
KPWKM dalam satu kenyataan hari ini menasihati ibu bapa yang bertanggungjawab dalam pemeliharaan kanak-kanak supaya mengikut saranan Kementerian Kesihatan.
Cadangan wajibkan pelajar sekolah ambil vaksin - Kamalanathan
Cadangan mewajibkan suntikan vaksin kepada pelajar sekolah dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan dan keputusan berhubung perkara itu akan diumumkan tidak lama lagi.
Lewa mencuci tangan undang penyakit
Mencuci tangan merupakan kaedah terbaik bagi melindungi diri daripada jangkitan penyakit namun kajian terbaru mendapati kebanyakan kita melakukannya dengan sambil lewa.