awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadbury akan kaji rantaian bekalan, akan pastikan semua cokelatnya disahkan halal

Astro Awani
Astro Awani
24/05/2014
11:44 MYT
Cadbury akan kaji rantaian bekalan, akan pastikan semua cokelatnya disahkan halal
Cadbudy beri jaminan cokelat yang dikeluarkan di Malaysia adalah halal.
Cadbury akan menjalankan satu kajian penuh terhadap rantaian bekalannya (supply chain) agar ia mematuhi standard kualiti yang ditetapkan.
Syarikat berkenaan menjawab kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan adanya DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk:
1) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan
2) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu juga akan menarik kedua-dua produk berkenaan dari pasaran.
"Kami ingin memberi jaminan kepada pengguna bahawa semua cokelat Cadbury yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkan Halal oleh JAKIM, termasuk lokasi dan bahan-bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran produk ini," kata Cadbury dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Sementara itu, JAKIM berkata pemeriksaan secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan telah dibuat dan pemeriksaan terakhir adalah pada 20 Februari 2014 dan didapati mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.
Topic Berkaitan
#Cadbury Dairy Milk
#Coklat Susu dengan Kacang Hazel
#DNA khinzir (porcine)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan