Strategi PAS yang mahu meletakkan calon bukan Islam bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bukanlah satu ancaman besar kepada Barisan Nasional (BN) yang mempunyai ramai calon berwibawa.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau melihat pendekatan yang digunakan PAS itu sebagai respons terhadap sekutu pakatan pembangkang iaitu DAP, yang mahu meletakkan calon Melayu.
" DAP, juga mahu meletakkan calon Melayu (atas tiket DAP). Di Kedah, apabila DAP mahu letakkan calon Melayu, itu sedikit sebanyak menggugat kedudukan PAS, jadi mereka (PAS) letakkan calon bukan Melayu dan bukan Islam di Johor (untuk bertanding atas tiket Pas).
"Apa pun, kita tidak melihat ini sebagai satu ancaman besar, yang penting calon-calon BN itu orang yang berwibawa dan berpengalaman serta memang layak untuk pegang jawatan wakil rakyat. Kita sanggup berhadapan dengan sesiapa sekalipun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Rali Selamatkan Kedah - Pentas Pemuda Barisan Nasional di Uptown Sungai Petani, dekat sini, malam tadi.
Semalam, PAS Johor mengumumkan untuk menampilkan dua calon bukan Melayu yang terdiri daripada anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) untuk bertanding mewakili parti itu.
Sementara itu, Mukhriz berkata tindakan beberapa bekas jeneral tentera menyertai parti pembangkang dan mahu bertanding pada PRU13 menimbulkan macam-macam keraguan dan persoalan tentang niat mereka.
" Empat atau lima orang bekas tentera baru nak kenal Anwar (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan nak bela dia, tetapi lebih 40 pemimpin PKR yang keluar parti. Adakah kita nak percaya kepada bekas-bekas jeneral yang ada agenda peribadi ini?" katanya.
Katanya bekas pegawai tentera yang melibatkan diri dalam politik, perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana dibimbangi mereka akan 'terlepas cakap' dan mendedahkan rahsia sulit mengenai keselamatan negara.
Beliau berkata sekiranya rahsia mengenai keselamatan negara didedahkan, ia bukanlah satu trend yang baik malah boleh membahayakan keadaan keselamatan negara.
"Saya lihat kita belum boleh fahami apa kesan kepada negara kita apabila pakatan pembangkang sudah mula menggunakan bekas-bekas pegawai tinggi tentera sebagai wakil atau calon mereka dalam pilihan raya. Kadang-kadang mereka (bekas pegawai tentera) keluarkan kenyataan yang dianggap sebagai rahsia ketenteraan atau rahsia keselamatan negara yang sudah tentu akan digunakan oleh musuh-musuh kita di luar.
"Keduanya, sebagai sebuah negara yang kerajaannya dipilih oleh rakyat, diwakili oleh orang awam, kita satu-satunya negara di Asean yang tidak mempunyai kerajaan military, jadi saya bimbang apa yang mereka cuba lakukan itu betul-betul mengubah sebuah negara yang aman sejahtera, yang kita nikmati selama ini," katanya.
Bernama
Sun Apr 14 2013
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.