DAP mendakwa calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud sebagai 'underdog' untuk menentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong.
Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata pilihan raya ini bukan mengenai rupa atau sama ada calon merupakan anak tempatan ataupun tidak, tetapi penentunya adalah mengenai isu rakyat.
Beliau berkata punca pendapatan penduduk di Teluk Intan harus menjadi keutamaan dan Dyana mempunyai keupayaan untuk berkhidmat.
"Kami adalah 'underdog' berbanding calon BN di Teluk Intan tetapi kami akan terus berjuang dan mengubahnya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di pasar Air Itam yang turut disertai calon DAP PKR Bukit Gelugor Ramkarpal Singh Deo di sini hari ini.
Lim juga mendakwa Mah yang juga Presiden Gerakan seorang yang kaya sedangkan Dyana tidak, namun mempunyai keberanian untuk berjuang demi rakyat.
PRK Teluk Intan itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pada 1 Mei lepas.
Penamaan calon bagi PRK Parlimen Teluk Intan ditetapkan 19 Mei dengan disusuli pengundian awal pada 27 Mei serta hari pengundian 31 Mei.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanapun berkata, beliau tidak akan hadir semasa pencalonan di Teluk Intan esok kerana perlu menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang.
"Saya akan hadir untuk ceramah di Teluk Intan tetapi untuk pencalonan saya tidak akan dapat hadir kerana persidangan DUN," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Seah, 48, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.
Bernama
Sun May 18 2014
Lim Guan Eng berkata Dyana Sofya adalah 'underdog' untuk menentang calon BN
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Zairil dan Dyana Sofya selamat bernikah
Majlis pernikahan mereka diadakan di Royal Perak Golf Club.
Kacak & jelita! Ini 6 ahli politik muda yang mencairkan hati rakyat Malaysia
Kami senaraikan beberapa ahli politik muda yang bakal meneraju pimpinan negara masa hadapan tanpa mengambil kira parti politik yang diwakili.
'Biar undi rosak, jangan hubungan kita rosak' - netizen kongsi #PickuplinePRU
Demam pilihan raya yang semakin hangat membuatkan netizen mengambil kesempatan mencurahkan idea dan kreativiti di platform media sosial.
BN yakin pertahan Parlimen Teluk Intan
Gerakan turut yakin merampas kembali kerusi DUN Pasir Bedamar yang kini disandang DAP.
Dyana Sofya, Zairil merancang kahwin hujung tahun
Zairil Khir Johari merancang untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Dyana Sofya Mohd Daud menjelang hujung tahun ini.
Occupy UM8: Tidak sampai 500 berhimpun, adakah perjuangan mahasiswa gagal?
12 Disember merupakan hari ketiga mahasiswa Universiti Malaya (UM) berhimpun membuat protes duduk bantah Occupy UM8 yang menuntut pihak universiti menggugurkan hukuman terhadap kumpulan UM8.
Bakar Al-Quran: Dyana Sofya, ahli DAP buat laporan polis terhadap Dr Mashitah
Beberapa ahli politik DAP, hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Wanita Umno Bahagian Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Gambar mesra: Zairil mungkin ambil tindakan undang-undang
Zairil Khir Johari kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan gambar intim mirip wajahnya dan Dyana Sofya.
UMNO hantar surat tunjuk sebab kepada ibu Dyana Sofya kali kedua
Yammy diminta memberi sebab kerana dia didakwa berkempen untuk anaknya dalam PRK Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei lalu.
Pandangan Gobind mengenai kekalahan Dyana Sofya tidak matang - Penganalisis
Dr Maszlee Malek berpendapat adalah tidak wajar pandangan dibuat berdasarkan spekulasi dan persepsi semata-mata.