Sebaik mendengar atau melihat namanya, pasti ramai yang tercari-cari dan ingin mengetahui siapakah empunya tuan badan pemilik nama seunik itu - Manis Buka Mohd Darah.
Rasa ingin tahu membawa wartawan Bernama untuk mengenali dengan lebih dekat figura berusia 65 tahun itu dan telah berkunjung ke kediamannya di Kampung Bugaya dekat sini baru-baru ini bagi mengetahui rahsia di sebalik nama yang barangkali hanya satu dalam sejuta.
Apabila diajukan soalan bagaimana beliau mendapat nama berkenaan, calon Parti Warisan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya itu, yang juga ibu kepada lima anak lelaki dan lima anak perempuan, tersenyum manis sebelum memulakan cerita.
"Sebenarnya nama ini adalah asal usul daripada nenek moyang saya kerana dulu di kepulauan (sebuah pulau di Semporna) itu, wanita tercantik namanya Manis Muka. Sebab itu arwah ibu bapa saya memberikan saya nama Manis Muka," katanya.
Bagaimanapun, beliau yang lebih popular dengan panggilan 'Manis Muka' dalam kalangan masyarakat Semporna dan Sabah amnya, berkata berlaku kesilapan ketika pendaftaran apabila nama Manis Muka yang sepatutnya didaftarkan telah tersalah eja sehingga menjadi Manis Buka.
Disebabkan keunikan nama itu, Manis Muka berkata beliau sering menjadi tumpuan sejak sekolah rendah malah sering dicari oleh pelawat yang berkunjung ke sekolahnya.
"Saya menangis dan meminta arwah bapa menukar nama saya sebab saya selalu kena cari tapi bapa saya cakap jangan, kerana itu nama nenek moyang saya," katanya.
Begitu pun, Manis Muka tetap berbangga dengan keunikan namanya kerana ia berjaya memperkenalkan diri beliau kepada ramai pemimpin tertinggi UMNO sewaktu menyertai parti itu sebelum ini.
"Pernah suatu ketika saya terdengar sewaktu Perhimpunan Agung UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata (beliau) mahu mencari siapa perwakilan yang namanya Manis Buka ini sebab ini nama ganjil... sedangkan dia tidak sedar saya berada di belakangnya," katanya.
Manis Muka, yang mempertahankan kerusi DUN Bugaya, berdepan pertandingan tujuh penjuru dengan calon daripada Perikatan Nasional (PN), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Parti Cinta Sabah (PCS) dan dua calon bebas.
Katanya ini merupakan kali pertama kawasan itu menyaksikan pertandingan sehingga tujuh penjuru namun beliau yakin mampu mempertahankan kerusi berkenaan dengan majoriti yang lebih banyak kali ini.
Bergiat aktif dalam bidang politik sejak 1985 dan pernah memegang beberapa jawatan seperti Ketua Wanita UMNO Semporna, Manis Muka kini merupakan Ketua Wanita Warisan Semporna.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 16 2020

Disebabkan keunikan nama itu, Manis Muka berkata beliau sering menjadi tumpuan sejak sekolah rendah malah sering dicari oleh pelawat yang berkunjung ke sekolahnya. -fotoBERNAMA

Geng Habib | Sindiket palsu keputusan ujian COVID-19 tumpas
Polis menangkap lima lelaki warga Pakistan yang terlibat dalam kegiatan menjual dan membeli surat ujian COVID-19 yang negatif.

ACL 2021 | JDT satu kumpulan dengan Jiangsu, Nagoya Grampus
Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), satu-satunya pasukan mewakili Malaysia dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) akan berentap dalam Kumpulan G selepas keputusan penuh undian diumumkan.

Vaksin COVID-19 | Myanmar mulakan program vaksin petugas kesihatan
Petugas kesihatan Myanmar menjadi kumpulan pertama yang diberi vaksin COVID-19 di negara berkenaan. Ia genap lima hari selepas vaksin pertama itu diterima dari India.

PKP 2.0 | Tubuh badan khas yang lebih ketat
Beberapa sektor ekonomi perlu diberikan tumpuan khusus bagi membolehkan penguatkuasaan yang sistematik ke atas industri berkenaan.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887479/8967789641611764359059_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)

PdPR | Pusat Internet Komuniti beri manfaat kepada pelajar
Pusat Internet Komuniti (PIK) merupakan antara pendekatan yang boleh membantu menangani masalah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika ini. Bagi seorang pelajar Che Hafizal Farish Che Kheari, dia sering datang ke pusat internet komuniti di sebuah kampung di Tambun untuk mengulangkaji pelajaran.

10 Berita Pilihan - (27 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

SPM | Astro Tutor TV saji program 30 hari menjelang SPM
Mulai 23 Januari (Sabtu) ini, calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal disajikan dengan sorotan program istimewa, '30 Hari Menjelang SPM' di platform Astro Tutor TV.

Perkeso siasat kegiatan palsukan dokumen tuntutan faedah
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang melakukan siasatan dalaman bagi mengenal pasti kewujudan sebarang kegiatan pemalsuan dokumen rekod pesakit bagi tujuan tuntutan faedah. Ia susulan kes pemalsuan dokumen bagi tujuan tuntutan faedah melibatkan seorang pegawai perubatan di sebuah hospital di Pulau Pinang pada 25 Januari lepas.

PM ucap selamat menyambut Thaipusam
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sambutan Thaipusam kali ini terpaksa dibuat secara bersederhana tanpa perarakan besar seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Menjelang SPM, Astro Tutor TV saji pelbagai program bantu calon peperiksaan
Ia inisiatif bagi memastikan kelangsungan prestasi dan momentum akademik calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan mulai 22 Februari.

Tambahan slot program TV Pendidikan untuk calon SPM bermula esok - KPM
Bermula esok, Kementerian Pendidikan (KPM) akan menambah slot program TV Pendidikan dalam program DidikTV@NTV7, khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

Calon positif COVID-19, dikuarantin tidak boleh duduki peperiksaan - KPM
Peperiksaan utama yang dijadual bermula pada Februari ini tidak akan ditangguhkan, namun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengaturkan sesi lain bagi calon yang tidak dapat hadir.

Ahli politik proses sendiri ganja, jual RM300 sebotol
Suspek pernah bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda sebuah parti politik tahun lalu.

36 kes positif COVID-19 babit pelajar balik ke asrama di Sabah - Masidi
Semua mereka dikesan positif ketika saringan yang dijalankan sebelum dibenarkan pulang ke asrama pada 16 Januari dan kini ditempatkan di pusat kuarantin.

Calon SPM positif COVID-19, pelajar MRSM Lipis dikuarantin
Kumpulan pelajar MRSM Lipis yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan dikuarantin sejak semalam selepas seorang calon didapati positif COVID-19.

Anak yatim calon SPM kerja sambilan bantu keluarga
Farahanim Mohd Noor dan Muhammad Hazim Azizi guna kesempatan sekolah ditutup dengan bekerja sambilan mengumpul wang bagi membeli keperluan sekolah.

Banjir: Tiada sekolah menengah ditutup di Sabah
Setakat hari ini, kesemua calon SPM dan STPM akan memulakan sesi persekolahan seperti biasa membabitkan jumlah seramai 51,294 orang pelajar.

"Ada pelajar yang slow learner.." - calon SPM bimbang tahap pencapaian
Ini termasuk keadaan norma baharu yang terpaksa dihadapi pelajar dalam sesi pembelajaran.

'PdPR satu-satunya pilihan yang ada'
Pengajaran dan pembelajaran di rumah atau istilahnya PdPR, merupakan satu-satunya pilihan yang ada buat guru, murid dan ibu bapa.