awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon SPM cedera di mata, kenderaan dipandu terbakar

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
18/11/2019
04:03 MYT
Calon SPM cedera di mata, kenderaan dipandu terbakar
Mangsa yang dalam perjalanan ke sekolahnya sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat sebelum menyedari kereta dipandunya berasap. - Foto Ihsan JBPM Sarawak
Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia bernasib baik apabila sempat menyelamatkan diri selepas keretanya terbakar dalam satu insiden di Jalan Lapangan Terbang di sini pagi Isnin.
Mangsa yang dalam perjalanan ke sekolahnya sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat sebelum menyedari kereta dipandunya berasap.
Menurut Pemangku Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.39 pagi.
Sebuah jentera dan sebuah ambulans EMRS kemudian diatur gerak ke lokasi serta-merta dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya dan Batu Lintang dengan kekuatan 11 anggota.
Kereta Perodua Myvi dipandu mangsa musnah terbakar.
Kereta Perodua Myvi dipandu mangsa musnah terbakar.
"Kebakaran menyebabkan kereta Perodua Myvi yang dipandu mangsa musnah sama sekali.
"Api berjaya dikawal 11 minit kemudian manakala operasi pemadaman tamat pada jam 7.15 pagi. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
Kata Ling Hii, mangsa mengalami luka pada bahagian mata dan telah diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan EMRS.
Pihak bomba sedang memadam kebakaran sebuah kereta Myvi.
Pihak bomba sedang memadam kebakaran sebuah kereta Myvi.
Topic Berkaitan
#calon SPM
#kemalangan
#kereta terbakar
#selamat
#SPM
#Tiong Ling Hii
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan