KENINGAU: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diduduki tahun hadapan menjadi cabaran berat buat pelajar luar bandar Atiqah Nurqistina Jamain, 17, yang tinggal di Kampung Ranggom, di sini.
Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Apin-Apin itu berhadapan masalah untuk memahami ilmu disampaikan guru melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Bukan disebabkan malas, tetapi capaian internet di kampungnya agak lemah, sekali gus mengganggu kelancaran pembelajaran serta tumpuannya.
Menurutnya, keadaan itu bukan hanya dilaluinya seorang diri, sebaliknya turut dialami rakan-rakan lain di kampung itu, sehingga kadang-kadang menjejaskan emosi serta motivasi mereka.
"Sebenarnya saya tidak mampu untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap semua subjek ketika PdPR sejak Tingkatan Empat lagi.
"Saya rasa tidak cukup masa bersemuka bersama guru untuk belajar di Tingkatan Empat tahun lalu bagi mendapatkan cara pemahaman atau konsep sebenar untuk menghadapi SPM.
"Tekanan semakin dirasai apabila masuk ke Tingkatan Lima apabila subjek menjadi semakin sukar.
"Selain itu, kekangan capaian internet di kampung ini juga menambah kesukaran.
"Selalu juga terpaksa menunggu hingga tengah malam apabila capaian internet menjadi lebih stabil untuk meneruskan pembelajaran," katanya.
Enggan mengalah sebelum berjuang, Atiqah menggagahkan diri dengan mempelbagaikan cara untuk belajar.
"Kalau saya tidak faham saya akan cuba tanya cikgu dan jika saya masih tidak faham, saya akan belajar sendiri dengan mencari bahan pengajaran di YouTube," katanya.
Jelasnya lagi, biarpun dilihat gigih berusaha mendapatkan maklumat tambahan, namun jauh di sudut hatinya dia bimbang akan sampai ke tahap berputus asa.
Dia berharap kerajaan memahami kekangan pelajar luar bandar sepertinya dan memberi pertimbangan atau kelonggaran untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) kelak.
"Bagi saya SPM itu adalah penentu kejayaan jadi kalau boleh saya memohon kerajaan membuat kelonggaran dari sudut penilaian peperiksaan bagi pelajar SPM yang melalui proses PdPR ini.
"Banyak halangan dan dugaan yang perlu dilalui kami di sini," katanya dalam suara yang sebak.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Tue Jun 08 2021
SPM yang bakal diduduki tahun hadapan menjadi cabaran berat buat pelajar luar bandar seperti Atiqah Nurqistina yang berdepan masalah capaian internet untuk PdPR. -Astro AWANI
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
KPM siasat dakwaan kertas Sejarah SPM bocor
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menyiasat berhubung dakwaan berlaku kebocoran soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bagi kertas subjek Sejarah.
Peperiksaan SPM 2023 berjalan lancar di seluruh negara
Peperiksaan bertulis SPM 2023 yang bermula hari ini melibatkan 395,870 calon di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara.
21 pusat peperiksaan SPM di Johor sedia diaktifkan sebagai PPS
Jumlah itu termasuk 18 buah sekolah yang menjalani SPM telah melaksanakan persiapan terperinci.
Guru petugas peperiksaan maut pacuan empat roda terbabas
Seorang guru lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas dalam perjalanan ke sekolah.
Anak duduki SPM esok, bapa redah banjir ambil kelengkapan
Biarpun berat namun begitulah lumrah kehidupan, setiap cabaran, mahu atau tidak mahu perlu ditempuhi demi kelangsungan kehidupan.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
7 pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat
JPN Kelantan memaklumkan tujuh pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat berlaku di negeri ini.
395,870 calon duduki SPM 2023
Seramai 129,635 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan berkenaan.
16 pusat peperiksaan SPM di Terengganu berisiko terjejas banjir gelombang keempat
Shafruddin Ali Hussin berkata ia melibatkan 224 pelajar di daerah Hulu Terengganu, Setiu, Dungun dan Besut.
Keluarga pelajar maut dilanggar lari mahu keadilan
Difahamkan sebelum kejadian, berlaku keadaan tidak puas hati membabitkan pemandu kereta berkenaan.