awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon SPM maut dalam perjalanan duduki ujian bertutur

Bernama
Bernama
04/12/2024
06:12 MYT
Calon SPM maut dalam perjalanan duduki ujian bertutur
Motosikal ditunggang mangsa dilapor terbabas sebelum melanggar tembok batu di Jalan Kilang Berapi, Merlimau pagi tadi. -Facebook/Polis Jasin
JASIN: Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut dalam perjalanan ke sekolah untuk menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu hari ini, selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum melanggar tembok batu di Jalan Kilang Berapi, Merlimau di sini pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Pelajar SPM maut: Adib Irfan Mohd Nizam, 17, meninggal dunia dalam kemalangan motosikal dalam perjalanan ke sekolah untuk ujian bertutur Bahasa Melayu.
  • Kemalangan: Berlaku sekitar 7.30 pagi di Jalan Kilang Berapi, Merlimau, apabila motosikalnya terbabas dan melanggar tembok batu.
  • Siasatan: Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan mayat dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata dalam kemalangan kira-kira 7.30 pagi itu, Adib Irfan Mohd Nizam, 17, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal Yamaha LC 135 yang ditunggang mangsa dari arah Umbai menghala ke SMK Dang Anum terbabas dan mangsa dikatakan gagal mengawal kenderaan itu sebelum melanggar tembok batu di bahu jalan di Jalan Kilang Berapi.
"Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah pada badan dan maut di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#calon SPM maut
#Ujian Bertutur Bahasa Melayu
#langgar tembok batu
#Adib Irfan Mohd Nizam
#Jalan Kilang Berapi Merlimau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan