awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Senyap tetapi berimpak, fungsi berterusan universiti memperkasa komuniti
Mengenang Madeline: Hilangnya 'permata' Sarawak yang luar biasa
Stadium Nasional Bukit Jalil dapat penarafan cemerlang daripada FIFA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon terbaik SPM maut dihempap pokok

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2017
11:42 MYT
Calon terbaik SPM maut dihempap pokok
Insiden itu juga menyebabkan seorang lagi penumpang van serta dua wanita yang menaiki kereta jenis Perodua Kancil cedera.
Dua individu termasuk seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas van yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok di Jalan Batu Rakit, Terengganu pada Sabtu.
Insiden itu juga menyebabkan seorang lagi penumpang van serta dua wanita yang menaiki kereta jenis Perodua Kancil cedera.
Mohammad Zulfahmi Abd Halim, 17 tahun dan pemandu van Mohamad Amin Ibrahim , 36 tahun maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.
Seorang lagi penumpang Muhammad Zul Afkar Fauzi, 17 tahun, kini berada dalam keadaan kritikal.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata kedua-dua mangsa yang terlibat ini merupakan calon terbaik dalam SPM di negeri itu.
“Mereka ini sebenarnya dalam perjalanan untuk menghadiri Kem Elit SPM Siri 2 yang kita anjurkan beberapa kali untuk memberi pendedahan akhir kepada pelajar-pelajar SPM yang terbaik negeri Terengganu.
“Hari ini kita kehilangan seorang pelajar yang terbaik SPM kita. Kita ucapkan takziah kepada kedua ibu bapa mangsa, murid dan juga pemandu,” katanya.
Kesemua mangsa yang maut dihantar ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan selanjutnya manakala mangsa yang cedera dihantar ke unit kecemasan hospital sama untuk rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#calon SPM
#dihempap pokok
#Jalan Batu Rakit
#maut
#Mohammad Zulfahmi
#Muhammad Zul Afkar
#Perodua Kancil
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan