ISKANDAR PUTERI: Calon bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor akan dipinda daripada 21 ke 18 tahun, kata Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.
Sehubungan itu, beliau berkata, satu Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan diadakan dalam masa terdekat.
Persidangan itu kelak, jelas Hasni, akan diadakan bagi meminda Fasal 16 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang ketika ini hanya membenarkan warganegara berusia 21 tahun yang bermaustatin di negeri itu layak menjadi calon ADUN.
Katanya, keputusan itu dibuat selaras dengan pindaan Seksyen 5 Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan.
"Justeru, amat wajar bagi maksud mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan untuk keseragaman syarat kelayakan menjadi calon bagi kerusi Parlimen dan kerusi DUN, pindaan kepada Undang-undang Tubuh Negeri untuk menurunkan umur minimum calon daripada 21 tahun kepada 18 tahun dilaksanakan.
“Untuk tujuan itu, satu Sidang Khas Dewan Negeri Johor akan diadakan seberapa segera bagi meminda Fasal 16 Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan 1895 bagi Dewan Undangan Negeri selaras dengan pindaan Seksyen 5 Jadual Ke-8 Perlembagaan Persekutuan," kata beliau.
Menteri Besar berkata demikian ketika menggulung Belanjawan Johor 2022 pada Sidang Keempat DUN johor Ke-14 di sini, pada Ahad.
Rabu lalu, semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bersetuju meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan individu berusia 18 tahun menjadi calon pilihan raya umum (PRU), pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya kecil (PRK).
Perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) ke-137 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Setakat ini, beberapa negeri telah meminda Perlembagaan negeri masing-masing.
Antaranya, termasuk Sabah pada Disember 2019, Perlis (Mei 2020), Terengganu (Ogos 2020), Sarawak (November 2020), Kelantan (Disember 2020), Perak (Julai 2020) dan Pulau Pinang (September 2021) dan Kedah.
Astro Awani
Sun Nov 28 2021
Sidang Khas ADUNakan diadakan bagi meminda Fasal 16 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang ketika ini hanya membenarkan warganegara berusia 21 tahun yang bermaustatin di negeri itu layak menjadi calon ADUN, kata Hasni Mohammad. - Gambar fail BERNAMA
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Calon wakil rakyat Johor akan dipinda dari 21 ke 18 tahun - MB
Sehubungan itu, Sidang Khas DUN Johor akan diadakan dalam masa terdekat bagi meminda Fasal 16 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.