PUTRAJAYA: Kawasan peranginan tanah tinggi, Cameron Highlands, Pahang diangkat sebagai antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia pada tahun ini.
Perkara itu diumumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sempena sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024, hari ini.
Penetapan bandar paling bahagia itu dibuat melalui Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2024 yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).
Penilaian juga adalah berlandaskan kriteria dan garis panduan yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu dengan mendapatkan hasil persepsi dan perasaan penduduk di tanah tinggi berkenaan.
Turut tercatat dalam senarai bersepuluh itu ialah Jeli, Jerantut, Kuala Terengganu, Lenggong, Bandaraya Melaka, Petaling Jaya, Port Dickson dan Rompin.
Indeks kebahagian merangkumi 14 komponen penilaian antaranya alam sekitar, pemimpin tempatan, perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT), infrastruktur asas, hubungan dengan jiran, keseronokan bekerja, dan tahap stres.
Dalam pada itu, Kor Ming berkata, Malaysia kini diiktiraf sebagai bandar ke-55 paling bahagia di dunia dengan skor indeks 6.012 mata.
"Kedudukan ini menunjukkan lonjakan sebanyak 15 anak tangga berbanding tahun 2022," katanya.
Sebelum ini, Malaysia berada di kedudukan ke-70 pada tahun 2021, dan di kedudukan 81 pada tahun 2022.
"Jika dibandingkan dengan negara tetangga ASEAN, Malaysia berada di tempat kedua selepas Singapura, manakala di rantau Asia, kita berada di tangga kesembilan," tambahnya.
Jelasnya, ia menggambarkan kesejahteraan rakyat terpelihara melalui perkhidmatan yang diberikan oleh PBT, selain ketersediaan kemudahan yang menyumbang kepada persekitaran hidup yang selesa serta kondusif.
"Saya difahamkan, bagi pengukuran Indeks Kebahagiaan pada tahun 2024, sebanyak 144 PBT telah menyertai kaji selidik indeks, dengan 71 peratus telah mencapai tahap bahagia dan 29 peratus mencapai tahap sederhana bahagia," ujar beliau
Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia diraikan setiap tahun pada 20 Mac di seluruh dunia sebagai pengiktirafan kepada pertalian antara keseimbangan pembangunan fizikal, sosial dan alam sekitar ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan penduduk.
Di Malaysia, Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan disambut secara rasmi sejak tahun 2015.
Astro Awani
Fri Mar 15 2024
Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia telah diraikan setiap tahun pada 20 Mac di seluruh dunia sebagai pengiktirafan kepada hubung kait antara keseimbangan pembangunan fizikal, sosial dan alam sekitar - Gambar hiasan/Sinar Harian
Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu
Kazakhstan bersetuju memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang di negara Asia Tengah itu termasuk perlombongan dan tenaga boleh baharu.
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cameron Highlands bandar paling bahagia di Malaysia
Persepsi yang diberikan oleh penduduk di Cameron Highlands membuatkan ia dipilih sebagai bandar paling bahagia.
Pendapatan rendah faktor Selangor terendah Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia 2021
Rina berkata ini berdasarkan laporan DOSM yang merekodkan indeks kebahagiaan di Selangor iaitu 5.74 peratus berbanding indeks nasional 6.48 peratus.
Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka bandar paling bahagia di Malaysia pada 2021
ketiga-tiga negeri tersebut mencatatkan skor penuh Bahagia dalam Kajian Indeks Kebahagiaan 2021 iaitu melebihi 80 peratus.
Malaysia negara ke-35 paling bahagia di dunia
Malaysia berada di kedudukan ke-35 dalam senarai negara paling bahagia di dunia.
Najib umum insentif untuk warga TM
Perdana menteri berkata insentif berkenaan diberikan pengurusan syarikat telekomunikasi itu supaya kakitangannya sentiasa bersemangat dalam menjalankan tugas.