Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu Kementerian Kesihatan mengharamkan e-rokok selepas ia kini digunakan secara meluas oleh pelajar sekolah.
Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata rokok elektronik atau vape semakin popular dalam kalangan remaja negara ini dan murid sekolah rendah turut tidak terkecuali.
Katanya aduan daripada ibu bapa dan guru beberapa sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang menunjukkan peningkatan pada jumlah pengguna vape.
"Sudah ada keperluan mengharamkan penjualan vape kerana ia mampu menarik lebih ramai belia mencubanya dan ketagih," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dilaporkan sebagai berkata kerajaan tidak merancang untuk mengharamkan atau mengawal vape.
Mohamed Idris berkata berbeza dengan jualan rokok yang mengenakan had umur pembelinya, tiada sekatan umur bagi membeli e-rokok dan ini boleh menyebabkan lebih ramai kanak-kanak dan belia membeli dan menggunakan vape.
"E-rokok sudah diharamkan di Singapura, Argentina, Brazil, Kemboja, Mexico, Nicaragua, Panama, Qatar, Seychelles dan Turki. Kelewatan mengharamkannya di negara ini adalah sukar difahami," katanya.
INFOGRAFIK: E-Rokok di Malaysia, fakta yang perlu anda tahu
Bagaimanapun, Mohamed Idris berkata e-rokok dipromosikan sebagai alternative sihat berbanding menghisap rokok tetapi Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tidak menganggapnya sebagai terapi yang sah untuk perokok menghentikan tabiat merokok.
Menurut WHO e-rokok belum terbukti terapi terbaik menggantikan nikotin, katanya.
"Di Malaysia, e-rokok dipasarkan sebagai peranti berhenti merokok yang berkesan dan dijual dengan harga antara RM50 dan RM90 manakala bahan cecairnya dalam botol dijual antara RM10 dan RM20," katanya.
Menurutnya e-rokok kini mudah diperoleh di kebanyakan kedai dan ada yang menjualnya secara terbuka di pasar malam.
Bernama
Fri Oct 30 2015
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu Kementerian Kesihatan mengharamkan e-rokok selepas ia kini digunakan secara meluas oleh pelajar sekolah. - Gambar fail
Ambil pengajaran ziarah Bukit Uhud
Patuh kepada pemimpin, ketua antara pengajaran diambil jemaah haji Malaysia semasa membuat ziarah luar di Bukit Uhud di Madinah di mana dalam konteks semasa, kepatuhan kepada pemimpin berupaya memastikan segala urusan berjalan lancar.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
Kemenangan PH di KKB ‘tripple happiness’ buat Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Kemenangan Pakatan Harapan pada PRK Kuala Kubu Baharu disifatkan sebagai triple happiness atau kegembiraan tiga kali ganda buat Kerajaan Perpaduan.
Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO juga perlu menjadi peneraju dalam pemikiran rakyat bagi mengekang fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu.
Emir Kuwait bubar Parlimen yang dipilih sebulan lalu - Dekri
Emir Kuwait, Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, pada petang Jumaat mengeluarkan dekri membubarkan Parlimen yang dipilih pada awal April.
Perak berjaya tanam semula 7.88 juta pokok setakat ini - MB
Perak tanam 7.88 juta pokok setakat ini melebihi sasaran enam juta yang ditetapkan kerajaan Persekutuan melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025.
Pulau Pinang sasar tarik 150,000 bakat dalam lima tahun akan datang
Pulau Pinang komited untuk memupuk persekitaran yang kondusif terhadap inovasi teknologi.
Angkasa sedia bantu PIBG sekolah rendah tubuhkan koperasi
Angkasa bersedia membantu kira-kira 7,780 PIBG di peringkat sekolah rendah kebangsaan seluruh negara bagi menubuhkan koperasi.
RM7 juta diperuntukkan naik taraf 38 tamu desa di Sabah - Ewon
Peruntukan berkenaan adalah untuk pelaksanaan fasa pertama Projek Tamu Desa di negeri itu.
Angka korban hujan ribut, banjir di Afghanistan cecah lebih 330
Di wilayah Baghlan saja, lebih 300 maut dan lebih 1,000 kediaman dilaporkan musnah.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.
Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Perpustakaan Kontena Bangsa Johor Bahagia
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan merasmikan Perpustakaan Kontena Bangsa Johor Bahagia (BJB) di Kangkar Pulai di sini hari ini.
Kadar tambang bas ekspres eksekutif, ekonomi ikut jadual tambang - APAD
Harga tiket bas berbeza mengikut jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang.
CAP saran kerajaan pertimbang dasar bagi minimum kesan bencana terhadap haiwan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyarankan kerajaan memberi pertimbangan serius terhadap pelaksanaan dasar dan strategi bagi meminimumkan kesan bencana terhadap haiwan.
Runtuhan gudang: CAP gesa tubuh suruhanjaya siasatan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan segera bagi menyiasat punca kejadian runtuhan gudang logistik sedang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas deka
CAP gesa pembentangan RUU GEG disegerakan
Pegawai Pendidikan dan Aktivis Anti Merokok CAP N. V. Subbarow berkata pihaknya juga berharap semua ahli parlimen tidak memberikan alasan untuk tidak menyokong RUU itu.
Ramai kanak-kanak cuba vape bapa, abang di rumah - CAP
Ramai kanak-kanak yang berusia lingkungan sembilan hingga 12 tahun didapati mencuba vape dan e-rokok milik bapa atau abang mereka di rumah atau di dalam kereta.
Permainan lato-lato undang risiko keselamatan - CAP
Adalah tidak wajar sekiranya Malaysia meluluskan permainan yang merbahaya kepada pengguna khususnya golongan kanak-kanak.
Tiga cadangan CAP tangani isu harga barang tinggi
Kurangkan import makanan dan gandakan penghasilan dalam negara, elak pembaziran, serta galakkan penanaman di rumah dan bandar.