awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CAP gesa kuat kuasa larangan pamer vape, produk tembakau

Bernama
Bernama
15/09/2024
09:16 MYT
CAP gesa kuat kuasa larangan pamer vape, produk tembakau
Pegawai Pendidikan CAP N.V.Subbarow berkata tindakan itu amat penting dalam melindungi generasi muda daripada pengaruh tabiat merokok.
GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa segera menguatkuasakan larangan mempamerkan produk vape, e-rokok dan rokok di kaunter pembayaran di semua kedai menjual produk berkenaan.
Pegawai Pendidikan CAP N.V. Subbarow berkata tindakan itu amat penting dalam melindungi generasi muda daripada pengaruh tabiat merokok.
"Kanak-kanak dan remaja menjadi sasaran mudah oleh industri terutamanya dengan pelbagai produk yang menarik perhatian dari segi reka bentuk, warna dan aneka perisa.
"Walaupun undang-undang sedia ada melarang kanak-kanak membeli atau memiliki produk rokok, tarikan visual dan keinginan mencuba meningkatkan risiko mereka terjebak ke dalam kancah bahaya ini tanpa menyedari risiko kesihatan yang lebih serius," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, CAP mendedahkan hampir separuh 15,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di lima negeri termasuk 2,000 perempuan dikesan ketagih vape.
Tinjauan dari 2021 oleh CAP terhadap 15,000 pelajar sekolah di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapati 8,000 daripada mereka menghisap vape dan 4,000 dalam kalangan murid sekolah rendah turut menghisap vape.
Subbarow berkata langkah penguatkuasaan itu bukan sahaja akan mengurangkan pendedahan awal kepada tabiat merokok dan menghisap vape dalam kalangan kanak-kanak serta remaja tetapi juga menyekat normalisasi penggunaan bahan berbahaya itu dalam masyarakat.
Keadaan kini semakin membimbangkan dan jika kawalan ketat terhadap produk nikotin itu tidak dilaksanakan segera semakin ramai anak muda akan terjerat dalam tabiat menghisap vape yang membawa kepada ketagihan.
"Adalah penting bagi pihak berkuasa untuk bertindak tegas dan memastikan peraturan dilaksanakan lebih ketat agar usaha memerangi ketagihan nikotin serta melindungi masyarakat terutama golongan muda dapat dicapai sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata tindakan tegas itu akan memperkukuh matlamat kesihatan awam dalam mengurangkan kemudaratan disebabkan oleh rokok dan vape.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CAP
#Persatuan Pengguna Pulau Pinang
#E-rokok
#vape
#larangan pamer produk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan