CAP gesa sokongan kukuh pengeluaran kenaf bernilai tambah, dorong pendapatan pekebun

Nilai pasaran produk kenaf meningkat kepada RM8.88 juta pada 2023 berbanding RM5.57 juta pada 2022. - Gambar hiasan/Bernama
GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa sokongan lebih kukuh bagi memacu pengeluaran kenaf bernilai tambah, susulan permintaan yang meningkat serta kegunaan industri yang pelbagai berpotensi meningkatkan pendapatan pekebun.
Ringkasan AI
- CAP menggesa sokongan lebih kukuh bagi pengeluaran kenaf bernilai tambah, menyebabkan peningkatan permintaan dan peluang ekonomi hijau yang stabil.
- Sektor kenaf negara kini berkembang pesat dengan 623 pengusaha melibatkan 744 hektar tanaman pada 2023, dijangka meluas kepada 2,500 hektar menjelang 2026.
- Nilai pasaran produk kenaf meningkat kepada RM8.88 juta pada 2023 berbanding RM5.57 juta pada 2022, dengan potensi pengeluaran bernilai tambah yang boleh memberi pulangan lebih besar kepada pekebun.
Beliau berkata nilai pasaran produk kenaf turut mencatat pertumbuhan kukuh, meningkat kepada RM8.88 juta pada 2023 berbanding RM5.57 juta pada 2022.
"Sehingga suku kedua tahun ini, nilai itu mencecah RM6.28 juta, meningkat 74 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. Meskipun peluasan kawasan tanaman penting, peluang sebenar Malaysia terletak kepada peralihan ke arah pengeluaran berimpak nilai tambah, yang boleh meningkatkan pendapatan pekebun dengan ketara.
"Menjual batang mentah hanya memberi pulangan sederhana, namun memprosesnya menjadi produk bernilai tinggi membolehkan pekebun memperoleh hasil lebih besar daripada tanaman yang sama," katanya.
Mohideen berkata serat kenaf kini kerap digunakan dalam sektor seperti komponen automotif, bahan binaan hijau, pembungkusan, biokomposit dan kertas, sekali gus mencerminkan permintaan global yang meningkat terhadap alternatif semula jadi dan mampan berbanding produk berasaskan petroleum.
Daun kenaf yang tinggi kandungan protein, kata beliau, boleh dipasarkan sebagai makanan haiwan, manakala benihnya menunjukkan potensi penggunaan bidang farmaseutikal dan nutraseutikal berdasarkan penyelidikan awal.
Ini sekali gus membolehkan pekebun menjana aliran pendapatan tambahan dengan memanfaatkan bahagian tanaman yang lazimnya dibuang, katanya.
Di samping itu, beliau berkata beberapa agensi kerajaan, termasuk LKTN, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) serta beberapa universiti tempatan sedang mempercepat peralihan kepada produk kenaf nilai tambah melalui pembangunan bahan tanaman lebih baik, teknik pemprosesan dipertingkat dan usaha menghubungkan pekebun dengan pembeli industri.
"CAP menyokong usaha LKTN dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia untuk mempromosi pensijilan MyMS bagi produk berasaskan kenaf, bagi meningkatkan daya saing eksport dan keyakinan pembeli.
"Perkembangan ini menunjukkan bahawa pengeluaran kenaf bernilai tambah bukan sahaja berupaya meningkatkan pendapatan pekebun, malah mendorong transformasi luar bandar serta menyokong matlamat ekonomi dan alam sekitar negara yang lebih luas," kata beliau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


