KUALA LUMPUR: Capital A Bhd telah memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) untuk menjual 100 peratus kepentingan ekuiti dalam AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) dan AirAsia Bhd (AAB) dengan harga RM6.8 bilion.
Kumpulan ini memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
AAAGL dan AAB adalah anak syarikat milik penuh Capital A.
Susulan cadangan penyusunan semula dalaman AAX, AAG akan mengambil alih status penyenaraian AAX sebelum cadangan penjualan itu selesai.
Capital A turut mengumumkan cadangan pengagihan saham biasa baharu dalam AAG yang akan diterima sebagai saham pertimbangan bagi cadangan penjualan AAAGL kira-kira RM2.20 bilion kepada pemegang saham yang layak dalam kumpulan.
"Pertimbangan cadangan penjualan AAAGL dengan harga RM3 bilion akan dibayar sepenuhnya melalui penerbitan 2.30 bilion saham baharu AAG dengan harga terbitan RM1.30 untuk setiap saham pertimbangan," kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.
Pertimbangan penjualan AAB itu akan dipenuhi menerusi penyerahan hutang syarikat kepada AAB sebanyak RM3.8 bilion pada tarikh penyelesaian AAB menurut terma penjualan.
Menurut kumpulan itu, berdasarkan penyata kewangan disatukan beraudit Capital A bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022, cadangan penjualan AAAGL itu dijangka menghasilkan keuntungan proforma RM4.69 bilion hasil daripada penilaian semula kepentingan yang masih ada dalam AAAGL selepas penjualan selesai.
Sementara itu, AAB berkata cadangan penjualan AAB dijangka menghasilkan keuntungan proforma kira-kira RM6.07 bilion berdasarkan penyata kewangan disatukan beraudit bagi tahun kewangan 2022.
"Cadangan penjualan itu bertujuan untuk dilaksanakan Capital A bagi memperkemas aktiviti perniagaan teras kumpulan untuk memberi tumpuan kepada perkhidmatan penerbangan dan perniagaan digital yang penting dan saling melengkapi dengan perniagaan penerbangan penumpang," katanya.
Selepas cadangan penjualan itu selesai, katanya perkhidmatan penerbangan dan perniagaan digital terutama merangkumi anak syarikat milik penuhnya Asia Digital Engineering (ADE); segmen super app yang dikendalikan oleh SuperApp, anak syarikat 96.19 peratus milik Capital A; segmen logistik yang dijalankan Teleport, anak syarikat 77.56 peratus miliknya; dan segmen pembayaran digital yang dijalankan BigPay, anak syarikat 99.56 peratus milik kumpulan itu.
"Selain itu, selepas cadangan pengagihan, pemegang saham yang layak boleh terus menyertai perniagaan kumpulan penerbangan baharu melalui saham AAG yang dipegang, yang akan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Securities selepas penyusunan semula dalaman yang dicadangkan AAX,” katanya.
Katanya Capital A dijangka mencatat keuntungan daripada penilaian semula kepentingan dalam AAAGL dan keuntungan daripada penjualan AAB, justeru dijangka meningkatkan ekuiti pemegang saham kumpulan dalam usahanya untuk menyelaras keadaan kewangan.
“Cadangan penjualan kepentingan itu akan membolehkan semua entiti penerbangan yang beroperasi di bawah jenama 'AirAsia' dihimpunkan menerusi sebuah syarikat induk pelaburan baharu iaitu AAG yang membentuk sebuah kumpulan penerbangan yang diperluas terdiri daripada AAG, AAX dan kumpulan syarikatnya (kumpulan AAG), kumpulan AAAGL dan kumpulan AAB, secara kolektif dirujuk sebagai kumpulan penerbangan baharu,” katanya.
Ini membolehkan kumpulan AAX menjadi sebahagian daripada kumpulan penerbangan yang diperluas dengan syarikat penerbangan yang telah memenangi anugerah dan mempunyai rekod sejarah dan rekod prestasi selama lebih 22 tahun, katanya.
"Kumpulan penerbangan baharu ini akan beroperasi dan menyediakan sepenuhnya pelbagai perkhidmatan pengangkutan udara kos rendah bagi jarak dekat, sederhana dan jarak jauh, dengan penerbangan domestik dan antarabangsa dari Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia dan Kemboja ke pelbagai negara destinasi," katanya.
Pada 8 Januari, Capital A Bhd telah memeterai surat tawaran tidak terikat dengan AAX bagi cadangan menjual perniagaan penerbangannya iaitu AirAsia Bhd (AirAsia Malaysia) dan AAAGL untuk memperkemas aktiviti perniagaan teras Capital A dan kumpulan syarikatnya bagi menumpukan kepada perkhidmatan penerbangan dan perniagaan digital.
AAAGL mengendalikan perkhidmatan penerbangan penumpang melalui anak syarikat di Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja.
Apabila cadangan penjualan itu selesai, perkhidmatan penerbangan dan perniagaan digitalnya akan merangkumi Asia Digital Engineering Sdn Bhd, AirAsia SuperApp Sdn Bhd, Teleport Everywhere Pte Ltd dan BigPay Pte Ltd.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024
Capital A turut mengumumkan cadangan pengagihan saham biasa baharu dalam AAG yang akan diterima sebagai saham pertimbangan bagi cadangan penjualan AAAGL kira-kira RM2.20 bilion kepada pemegang saham yang layak.
Apa itu Nakba? Ini 7 fakta berdasarkan rekod PBB dan 6 fakta dijana AI
Tulisan ini mengandungi tujuh perkara anda perlu ingat mengenai malapetaka Nakba, dan enam lagi kesimpulan mengenai Nakba yang dihimpun oleh kecerdasan buatan (AI).
Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan
Tiga pemimpin DAP serta Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad, gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan saman fitnah melalui proses mediasi.
KKM keluar 4,133 kompaun kesalahan merokok bernilai RM1.02 juta
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
PM arah tanam semula 100 pokok baharu ganti setiap pohon ditebang
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh untuk menanam semula 100 pokok baharu bagi menggantikan satu pohon yang ditebang.
PM cadang pertimbang tahanan rumah Najib selepas kes 1MDB selesai
Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai.
Bekas pengerusi syarikat didakwa subahat guna dokumen palsu
Bekas pengerusi syarikat pengeluar getah, GIIB Holdings Berhad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan bersubahat menggunakan dokumen palsu.
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Jumlah jawatan bagi ST1 2024 meningkat 1.5 peratus kepada 8.94 juta - DOSM
Jumlah jawatan pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) meningkat sebanyak 1.5 peratus dari tahun ke tahun kepada 8.94 juta jawatan.
Dakwaan SPRM tahan lima ADUN Perlis tidak benar - Azam Baki
SPRM menafikan dakwaan mengenai penahanan terhadap lima ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis.
Puspal tiada kuasa tetapkan harga tiket konsert - Fahmi
Puspal berperanan untuk meneliti permohonan daripada penganjur konsert dan acara atau syarikat perfileman yang ingin membuat penggambaran dalam negara melibatkan artis luar.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Capital A, AirAsia X lanjut tempoh rundingan cadangan pengambilalihan hingga 30 April
Penjualan perniagaan penerbangan AirAsia oleh Capital A Bhd kepada AirAsia X Bhd (AAX) telah dilanjutkan sehingga 30 April 2024.
Capital A cadang lupus perniagaan penerbangan kepada AirAsia X
Tony Fernandes berkata langkah strategik itu bertujuan memperkemas operasi kumpulan itu dan memudahkan penilaian berteraskan perniagaan.
Anak syarikat Capital A terima kelulusan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah
Kelulusan organisasi penyelenggaraan Bahagian 145 EASA ini merupakan piawaian tertinggi bagi penyelenggaraan penerbangan.
Mengapa syarikat penerbangan tidak boleh bekerjasama? - Tony Fernandes
Syarikat penerbangan disaran menjalin kerjasama agar dapat memacu sektor pelancongan yang berperanan besar dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara.
Capital A lantik Mohamad Hafidz sebagai pemangku CEO baharu airasia Super App
Capital A Bhd mengumumkan pelantikan Mohamad Hafidz Mohd Fadzil sebagai Pemangku CEO airasia Super App, menggantikan Amanda Woo, yang akan meletakkan jawatan berkuat kuasa 1 April, 2023.
Penerbangan Capital A bawa 24.2 juta penumpang, melonjak 404 peratus
Jumlah penumpang syarikat penerbangan disatukan di bawah Capital A Bhd mencecah rekod 24.2 juta bagi tahun kewangan 2022 (TK2022).