awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cara saya kira harga minyak berbeza dengan BN - Rafizi

Firdaus Azil
Firdaus Azil
23/12/2018
11:41 MYT
Cara saya kira harga minyak berbeza dengan BN - Rafizi
Walaupun Rafizi cenderung menyemak harga minyak secara mingguan, beliau juga sarankan penyediaan subsidi untuk stabilkan RON95
Kerajaan Persekutuan boleh kembali ke formula pengiraan secara mingguan untuk sistem apungan harga minyak seperti zaman Barisan Nasional dahulu, tetapi dengan syarat, mereka harus menyediakan subsidi bagi sebagai usaha menetapkan harga siling, kata bekas Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli.
Berdasarkan pengiraannya, Rafizi berkata, kaedah ini akan dapat memastikan, harga RON95 dapat turun sebanyak 20 sen.
Penyediaan subsidi itu, jelasnya lagi, perlu bagi melindungi rakyat dari harga minyak mentah dunia yang naik melambung, iaitu dengan menetapkan harga siling.
"Apa-apa harga formula yang lebih tinggi dari harga siling, Kerajaan Persekutuan perlu membayar subsidi untuk mengekalkan harga pada harga siling.
"Kerajaan juga perlu menyemak harga mengikut formula secara mingguan untuk memastikan jika ada kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia, rakyat akan menikmati penjimatan serta-merta," katanya lagi.
Terdahulu, Rafizi berkata, menyamakan saranan beliau dengan cara yang serupa diamalkan Barisan Nasional dahulu adalah kurang tepat, kerana beliau turut menekankan penyediaan subsidi.
Ada media @501Awani @bharianmy siar: Rafizi minta kembalikan kiraan harga minyak mcm BN Tidak tepat.@NajibRazak hapuskan subsidi. PH bagi balik subsidi, sbb itu harga minyak kekal RM2.20. Ikut cara Najib, dah RM2.60 Saya minta KEKAL SUBSIDI & SEMAK MINGGUAN. Bukan ikut BN.
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) December 23, 2018
BACA: Kalau ikut cara BN, harga RON95 dah turun 20 sen - Rafizi
Dalam petikan surat yang beliau tulis kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Rafizi berkata, kaedah pengiraan bulanan yang diamalkan sekarang hanya sesuai dalam beberapa bulan yang lalu iaitu ketika harga minyak mentah dunia naik melonjak.
“Kaedah (pengiraan bulanan) ini sesuai dalam beberapa bulan yang lalu iaitu ketika harga minyak mentah dunia naik melonjak. Dalam keadaan harga mentah dunia tinggi, Kerajaan Persekutuan menyediakan subsidi untuk mengekalkan harga pada kadar RM2.20 seliter bagi RON95.
“Selagi harga minyak mentah dunia kekal tinggi, maka pengiraan formula hanyalah untuk menentukan berapa subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan kerana harga yang dibayar oleh rakyat adalah lebih rendah dari harga formula,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#harga minyak
#kerajaan
#Lim Guan Eng
#minyak
#PKR
#Rafizi Ramli
#RON95
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan