KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sedang melaksanakan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pelesenan) 1983 dalam usaha menjaga kebajikan penggiat industri veteran.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pindaan itu antara lain mensyaratkan pemakaian kontrak standard kepada pengeluar filem dan tenaga kerja produksi bagi permohonan lesen aktiviti perfileman.
"Antara aspek perlindungan yang terkandung dalam kontrak standard ialah keperluan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), perlindungan insurans nyawa dan kemudahan perubatan," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.
Sementara itu, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi melalui MyCV sentiasa menyokong usaha untuk mewujudkan akses pasaran dan mempromosikan karya penggiat industri kreatif tempatan menerusi pelbagai inisiatif.
Antaranya menerusi pelaksanaan Program Kembara RIUH 2024 dengan peruntukan RM10 juta yang merupakan platform menghimpunkan usahawan kreatif dan penggiat seni tempatan merangkumi 12 cabang industri kreatif seperti muzik, filem, fotografi, animasi, seni persembahan dan sastera.
Beliau berkata Kembara RIUH 2024 menyasarkan sekurang-kurangnya 5,000 peluang pekerjaan dan menyokong 2,000 usahawan kreatif tempatan.
Selain itu katanya MyCV juga telah menganjurkan pameran seni visual bagi 42 artis seni visual indie tempatan yang tidak terikat dengan mana-mana galeri untuk mempromosikan karya seni mereka kepada orang ramai pada 2019.
"Terkini, dalam usaha untuk menyokong mempromosikan karya penggiat tempatan, MyCV sedang menyediakan katalog karya seni artisan tempatan yang bersesuaian untuk dijadikan sebagai cenderahati korporat dan hadiah rasmi semasa lawatan rasmi saya ke luar negara ataupun sewaktu menyambut delegasi asing ke Malaysia.
"Saya berharap cadangan ini dapat diperluaskan ke semua kementerian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024
Fahmi berkata pindaan itu antara lain mensyaratkan pemakaian kontrak standard kepada pengeluar filem dan tenaga kerja produksi bagi permohonan lesen aktiviti perfileman. - Gambar Bernama
30 CEO TVET swasta Malaysia adakan lawatan ke China
Menerusi lawatan berkenaan kesemua institusi TVET tempatan akan menandatangani MoU dengan lima buah institusi TVET China.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Pindaan akta Finas turut ambil kira aspek standard kontrak penggiat seni - Fahmi
Fahmi berkata perkara itu perlu ditambah baik dalam Akta Finas untuk memastikan aspek keselamatan sosial bagi pekerja industri kreatif di negara ini tidak diketepikan.
Mampukah 2024 noktah kemelut kebajikan penggiat seni?
Sudah sekian lama, isu kebajikan penggiat seni hiburan negara sehingga ke hari ini masih belum menampakkan jalan penyelesaian.
Finas dan Perkeso bakal tandatangani MoU April nanti - Fahmi
Menurut Fahmi, aspek keselamatan sosial kepada pekerja belakang tabir syarikat-syarikat produksi kurang dibincangkan sebelum ini.
FINAS berhasrat jalin kerjasama dengan pemenang Oscar, Kartiki Gonsalves
Kerjasama dengan Kartiki yang merupakan pemenang Oscar akan membawa sinergi positif serta memberi impak kepada industri filem Malaysia.
Tangguh filem antarabangsa buka lebih ruang filem tempatan masuk pawagam
Hasil perbincangan Finas dan MAFE, terdapat lebih kurang tujuh hingga sembilan filem tempatan yang berpotensi dapat kutipan pecah panggung.
Kerajaan yakin industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif - Fahmi
Industri kreatif dan budaya negara menyumbang kira-kira 1.9 peratus atau RM28.7 bilion daripada jumlah KDNK negara dan merangkumi tenaga kerja seramai lebih setengah juta orang.
FINAS tekad bantu penggiat industri kreatif
FINAS tekad mengambil inisiatif memberi bantuan kepada penggiat industri kreatif menerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri.
J-KOM kini di bawah seliaan Kementerian Komunikasi
Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, kini diselia Kementerian Komunikasi.