awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Catuan bekalan elektrik di Sabah, Labuan babitkan 105,628 pengguna - SESB

Bernama
Bernama
24/03/2024
08:00 MYT
Catuan bekalan elektrik di Sabah, Labuan babitkan 105,628 pengguna - SESB
Masalah itu terjadi disebabkan penjana kuasa bebas (IPP) Teluk Salut dan Rugading mengalami masalah teknikal. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Catuan bekalan elektrik telah dilaksanakan di negeri ini dan Labuan semalam melibatkan 105,628 pengguna berikutkan masalah kekurangan penjanaan dalam grid bekalan elektrik, kata Operator Sistem Grid Sabah dan Labuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Adrian Mosigil.
Beliau berkata masalah itu terjadi disebabkan penjana kuasa bebas (IPP) Teluk Salut dan Rugading mengalami masalah teknikal.
Beliau berkata catuan bekalan ini melibatkan daerah Tawau, Pitas, Beaufort, Kuala Penyu, Nabawan,Ranau, Tuaran, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Kunak, Kudat, Sandakan, Tenom, dan Papar selain Labuan.
"Catuan dilaksanakan bagi memastikan kestabilan grid Sabah berikutan masalah kekurangan penjanaan. catuan bekalan dilaksanakan bermula pada 10.40 pagi secara berganti-ganti di kawasan yang terbabit sehingga 9.05 malam," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Adrian berkata tiada catuan bekalan dijadual untuk dilaksanakan hari ini berikutan IPP Rugading telah kembali beroperasi hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#catuan bekalan elektrik
#SESB
#Sabah
#Labuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan