DAP akan memberi kerjasama penuh kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi membantu siasatan mengenai pemilihan jawatankuasa kerja pusat (CEC) parti itu tahun lalu.
Pengerusinya Karpal Singh dalam satu kenyataan di sini hari ini, juga berharap isu CEC itu dapat diselesaikan secepat mungkin.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman yang disiar sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam, bahawa ROS mahu penjelasan penuh daripada DAP berhubung dakwaan penyelewengan dalam pemilihan CEC, memandangkan pilihan raya umum (PRU) sudah berakhir.
Abdul Rahman berkata sebelum ini, mereka yang dipanggil memberi keterangan tidak dapat hadir kerana terbabit PRU dan agensi itu setakat ini sudah merekodkan keterangan daripada lapan orang iaitu enam pengadu dan dua pemimpin parti termasuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Karpal juga mengalu-alukan kenyataan Abdul Rahman bahawa ROS tidak berhasrat membatalkan pendaftaran DAP seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Pada 4 Jan lalu, Lim mendedahkan ada kesilapan dalam pengiraan undi pada pemilihan parti yang berlangsung 15 Dis tahun lepas, yang berlaku ketika keputusan dipindahkan ke komputer menggunakan program Microsoft Excel.
Pindaan keputusan menyaksikan Setiausaha Politik Lim, Zairil Khir Johari yang sebelum itu menduduki tempat ke-39 naik ke tangga ke-20, yang merupakan posisi terakhir dalam CEC menerusi pemilihan.
Pengiraan semula menyaksikan Zairil memperoleh 803 undi berbanding 305 yang diumum sebelum itu.
Vincent Wu yang pada mulanya menduduki tangga keenam dengan 1,202 undi jatuh ke tangga ke-26, kerana beliau dikatakan hanya memperoleh 669 undi.
Anggota parti yang tidak berpuas hati kemudian membuat aduan kepada ROS mendakwa keputusan itu telah dimanipulasi.
Bernama
Mon May 13 2013
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
CEC seru tiada lagi pihak persoal pendirian DAP
Young Syefura Othman menyeru semua pihak sama ada kawan atau lawan agar tidak mempersoalkan asas perjuangan dan pendirian parti itu mengenai perkara-perkara asas dalam perlembagaan.
DAP pilih barisan CEC baharu, pengganti Guan Eng untuk hadapi PRU15
Guan Eng tidak boleh dipilih semula ke jawatan itu setelah mencapai had maksimum tiga penggal namun dijangka mempunyai pengaruh yang kuat.
DAP tidak akan bekerjasama dengan pemimpin kleptokrat - Guan Eng
DAP menegaskan bahawa tidak akan bekerjasama dengan UMNO melainkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu membuat keputusan sebaliknya.
Pilihan raya Taiwan: Lebih 19 juta dijangka keluar mengundi
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC), terdapat lebih 19.31 juta pengundi berdaftar akan mengundi di 22 bandar dan daerah.
DAP tunggu Ronnie Liu jawab surat tunjuk sebab
Menyifatkan kenyataan Liu sebagai tidak bertanggungjawab, Chong berkata pihaknya akan meneruskan proses sepatutnya berhubung isu itu.
"Saya terima pingat kerana hormati Yang Dipertua Negeri Melaka" - Tey
"Saya terima pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kerana menghormati anugerah yang diberikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob," kata Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok View.
Zakir Naik setuju debat dengan Ramasamy, dengan syarat...
Zakir Naik meletakkan beberapa syarat termasuk sesi debat itu mesti diadakan secara terbuka.
ROS diminta siasat pemilihan semula CEC DAP
Pemilihan semula CEC DAP yang diadakan pada 12 Nov lalu diminta disiasat semula kerana dipercayai tidak mematuhi undang-undang ditetapkan.
Pendaftaran PH, saya tidak campur tangan - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak akan masuk campur dalam hal operasi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Bekas anggota DAP dakwa tiada lagi demokrasi dalam parti
Mereka juga hairan berhubung tiada tindakan disiplin diambil terhadap Lim mengenai isu itu selain turut dilanda pelbagai kontroversi termasuk kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah.