awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEC seru tiada lagi pihak persoal pendirian DAP

Sinar Harian
Sinar Harian
11/09/2023
07:00 MYT
CEC seru tiada lagi pihak persoal pendirian DAP
Young Syefura berkata, perjuangan DAP jelas selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan mengikut lunas undang-undang. - Gambar fail
SHAH ALAM : Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) Parti Tindakan Demokratik (DAP), Young Syefura Othman menyeru semua pihak sama ada kawan atau lawan agar tidak mempersoalkan asas perjuangan dan pendirian parti itu mengenai perkara-perkara asas dalam perlembagaan.
Young Syefura berkata, ini kerana perjuangan DAP jelas selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan mengikut lunas undang-undang.
Beliau berkata, buktinya DAP secara konsisten melibatkan diri dalam proses demokrasi dan pilihan raya negara.
"Kami menyambut baik kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook pada Persidangan Parti DAP 2023 semalam bahawa DAP akan sentiasa berpandukan pada Perlembagaan Persekutuan.
"Kenyataan ini mengulangi sekali lagi pendirian parti bahawa DAP sentiasa menjunjung, menghormati dan mempertahankan perkara-perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan," jelasnya.
Tambah Young Syefura, DAP bukanlah parti untuk satu kaum sahaja bahkan memperjuangkan semua keturunan dan kaum dalam Malaysia termasuk orang Melayu.
"Perjuangan DAP adalah demi rakyat Malaysia. Orang Melayu dalam DAP berperanan sama seperti kaum dan bangsa lain dalam menyumbang serta menabur bakti kepada masyarakat.
"Selain itu, ahli DAP berbangsa Melayu mempunyai kedudukan di setiap lapisan di peringkat parti," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#DAP
#Young Syefura Othman
#Malaysian Malaysia
#CEC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan