Angkara cemburu dan sering memukul teman wanita merupakan motif kejadian pembunuhan ejen pengurusan mayat yang ditemui mati di tepi jalan di Kampung Kilang Baru, dekat sini pada 10 Disember lalu.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, hasil kecekapan anggota Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim berjaya menahan lima suspek sehari selepas kejadian iaitu.
Kelima-lima suspek itu terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang wanita.
Menurut Zainuddin, siasat mendapati, suspek wanita berkenaan merupakan teman wanita mangsa dan telah menjalinkan hubungan lebih dua tahun.
Bagaimanapun, sebaik mengetahui teman wanitanya itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain, mangsa sering bertindak memarahi dan memukulnya.
Tidak tahan dengan pelakuan mangsa yang sering memukulnya, teman wanitanya itu bertindak memaklumkan kepada anggota keluarganya yang lain.
"Kes ini kita telahpun kita rujuk ke pihak pendakwraya dan di bawah Seksyen 302 dan salah seorang telahpun dituduh di bawah seksyen tersebut dan kita anggap kes ini telah selesai.
"(Ini) satu kejayaan kepada polis Kulim kerana dapat menyelesaikan satu kes yang dramatik... kemungkinan kes bunuh ini (biasanya) akan memakan masa yang lebih panjang ada yang bertahun tahun baru kita dapat selesaikan.
"Ada juga kes bunuh yang kita tidak dapat selesaikan bertahun-tahun disebabkan kita kekurangan maklumat tetapi dalam kes ini kita dapat selesaikan dalam tempoh yang pendek," katanya dalam sidang media di IPK Kedah di Alor Setar, pada Selasa.
Menurut beliau, kesemua suspek berusia antara 21 hingga 27 tahun.
Dua daripada suspek bekerja kilang sementara tiga lagi tidak bekerja.
Daripada kesemua jumlah itu, empat suspek tidak memiliki rekod kesalahan lampau manakala seorang lagi memiliki rekod berkaitan kesalahan dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian 10 Disember lalu, mayat seorang lelaki dengan kesan hentakan di kepala dipercayai dengan menggunakan kayu batang cangkul ditemui.
Mayat mangsa ditemui di tepi jalan berhampiran kawasan pembenihan anak ikan Kampung Kilang Baru.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Dec 31 2019
Zainuddin Yaacob berkata, cemburu dan sering memukul teman wanita merupakan motif kejadian pembunuhan ejen pengurusan mayat di Kulim pada 10 Disember lalu. - Gambar Astro AWANI
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Cemburu dipercayai motif pembunuhan Bella - KPN
Hasil siasatan punca mendapati kematian Bella adalah retakan di kepala, dipercayai akibat hentakan objek.
Cemburu dipercayai motif lelaki tetak ibu saudara
Lelaki yang menyerang dan menetak seorang wanita dengan parang sehingga maut di Butterworth dipercayai bertindak demikian kerana cemburu.
Lelaki pukul isteri guna dumbel hingga maut direman seminggu
Perintah reman bermula Sabtu hingga Jumaat depan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Saidatul Akmar Suberi.
Suami bakar isteri kerana cemburu
Si suami membakar isterinya dengan mencucuh api rokok ke badan wanita yang terlebih dahulu disimbah minyak.
Remaja ditahan, disyaki bunuh rakan kerana cemburu
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata remaja itu ditahan di Hutan Melintang, Sabtu lepas.
Serang guna kapak: Motif kejadian berpunca bekas suami cemburu
Cemburu menjadi punca seorang lelaki bertindak menyerang teman lelaki bekas isterinya dengan menggunakan kapak sehingga cedera parah dalam kejadian di bulatan Menara Kinabalu pada malam Khamis.
Dibunuh kerana cemburu, mayat disorok dalam but kereta
Seorang lelaki dibunuh sebelum mayatnya dijumpai di dalam but kereta di Taman Sri Orkid, Seksyen 30 di sini pada Selasa.
Wanita dibunuh kerana putuskan pertunangan
Hasil siasatan mendapati punca kejadian disebabkan cemburu dan suspek tidak puas hati kerana mangsa memutuskan hubungan mereka.
Akibat cemburu, lelaki maut ditikam
Gara-gara cemburu, seorang lelaki warga Myanmar maut ditikam oleh seorang lelaki yang juga dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan isteri mangsa.
Tukang masak maut akibat letupan, pasangan suami isteri didakwa esok
Pasangan suami isteri yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian letupan melibatkan seorang tukang masak maut di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, didakwa esok.