awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cemburu punca lelaki parah ditetak di Taiping

Aida Aziz
Aida Aziz
07/09/2024
04:30 MYT
Cemburu punca lelaki parah ditetak di Taiping
Polis menerima laporan daripada isteri suspek terbabit pada jam 7.20 malam Rabu. - Gambar hiasan
TAIPING: Berpunca daripada cemburu, lelaki berusia 29 tahun parah ditetak dengan sebilah parang dipercayai oleh suami seorang wanita, dalam kejadian yang berlaku di Jalan Dew, Simpang di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohamad Nasir Ismail, polis menerima laporan daripada isteri suspek terbabit pada jam 7.20 malam Rabu.
Katanya, susulan itu, suspek berusia 25 tahun berjaya ditangkap.
"Laporan polis dibuat oleh seorang pengadu iaitu wanita yang merupakan isteri suspek.
"Mangsa yang parah ditetak telah dihantar ke Hospital Taiping bagi menerima rawatan.
"Susulan daripada maklumat yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Taiping telah digerakkan bagi mengesan suspek dan berjaya menangkapnya dalam masa kurang 24 jam.
"Berdasarkan siasatan awal, motif kejadian berpunca akibat perasaan cemburu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Sehubungan itu, Mohamad Nasir berkata, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya.
Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.
Topic Berkaitan
#kes tetak
#cemburu
#isteri orang
#Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan