NATIONAL
Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi - Loke

Anthony Loke (kanan) memberikan cenderahati ukiran naga kepada Presiden China, Xi Jinping baru-baru ini. - Foto FB Anthony Loke
PUTRAJAYA: Cenderahati ukiran naga yang diberikan kepada Presiden China Xi Jinping baru-baru ini merupakan pemberian peribadi dan bukan mewakili kerajaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Ringkasan AI
- Menteri Pengangkutan Anthony Loke menjelaskan bahawa ukiran naga yang diberikan kepada Presiden China Xi Jinping adalah hadiah peribadi buatan Malaysia daripada Royal Selangor, bukan mewakili kerajaan.
- Loke dikritik kerana lokasi pemberian hadiah dan simbol ukiran naga, namun beliau menjelaskan ia dilakukan demi keselamatan dan naga melambangkan kekuatan, kebijaksanaan, serta persahabatan dalam budaya Cina.
- Cenderahati itu diberikan sebelum Presiden Xi berlepas ke Kemboja selepas lawatan tiga hari ke Malaysia dari 15 hingga 17 April.
Baru-baru ini Loke memberikan plak dengan ukiran naga kepada Xi sebelum beliau berlepas ke Kemboja selepas berada di Malaysia selama tiga hari bermula 15 April hingga 17 April lepas.
Susulan itu, Loke dikritik kerana memberikan cenderahati itu di pintu belakang dan juga ukiran naga dilihat tidak bersesuaian.
Namun beliau tampil memberikan penjelasan menerusi satu hantaran di Facebook rasminya menyatakan cenderahati itu diberikan berhampiran pintu belakang demi keselamatan Presiden China dan ukiran naga adalah simbol kekuatan, kebijaksanaan serta persahabatan dalam budaya Cina.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami