NATIONAL
CEO GISB, isteri gagal cabar penahanan bawah SOSMA

Mahkamah Persekutuan menolak rayuan habeas corpus difailkan Ketua Pegawai Eksekutif GISB, Nasiruddin Mohd Ali dan isteri. - Gambar fail/Sinar Harian
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis, menolak rayuan habeas corpus atau penahanan secara salah, difailkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), GISB Holdings Sdn Bhd (GISB), Nasiruddin Mohd Ali dan isteri, Azura Md Yusof bagi mencabar penahanan mereka mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Ringkasan AI
- Mahkamah Persekutuan menolak rayuan habeas corpus CEO GISB Holdings, Nasiruddin Mohd Ali dan isterinya, Azura Md Yusof, bagi mencabar penahanan mereka di bawah Akta SOSMA. Panel tiga hakim memutuskan permohonan mereka tidak bermerit dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru.
- Pasangan tersebut antara tertuduh dalam kes kumpulan jenayah terancang GISBH, dengan beberapa individu dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Namun, Nasiruddin dan 12 lagi pemohon tidak mendapat kelulusan jaminan.
- Pertuduhan ke atas mereka mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan. Kes ini melibatkan tindakan jenayah terancang dari 2020 hingga 2024.
"Rayuan ini tidak bermerit, permohonan ditolak, keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan," katanya.
Nasiruddin dan Azura memfailkan permohonan habeas corpus itu dengan menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Pendakwa Raya, Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur serta Kerajaan Malaysia, sebagai responden.
Sebelum ini, pada 14 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru menolak permohonan habeas corpus pasangan suami isteri tersebut.
Hakim Datuk Abu Bakar Katar ketika memutuskan demikian berpendapat semasa Notis Usul permohonan habeas corpus itu difailkan pada 24 Oktober tahun lalu, pemohon tidak berada dalam tahanan SOSMA.
Menurutnya, pemohon berada dalam Waran Menahan yang sah dikeluarkan Mahkamah Sesyen Selayang.
Untuk rekod, seramai lapan tertuduh wanita termasuk Azura yang didakwa atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Bagaimanapun Nasiruddin serta 12 lagi pemohon dalam pertuduhan sama tidak dibenarkan diikat jamin
Pada Oktober tahun lalu, Nasiruddin dan Azura serta 19 lagi individu didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang namun tiada pengakuan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan. Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan yang dibaca berasingan, mereka didapati menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Kumpulan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) di sebuah tempat di Jalan Desa, di Bandar Country Homes, Rawang di sini antara Oktober 2020 hingga 11 September 2024.
Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan. -- Sinar Harian
BERITA LANJUT MENYUSUL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami