awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEO OpenAI kongsi perancangan kasar untuk GPT-5

Amanz
Amanz
13/02/2025
04:00 MYT
CEO OpenAI kongsi perancangan kasar untuk GPT-5
Sam mengatakan GPT-4.5 akan hadir dalam tempoh masa beberapa minggu, sementara GPT-5 pula akan menyusul dalam tempoh masa beberapa bulan. -Gambar fail
CEO OpenAI Sam Altman hari ini berkongsi perancangan kasar untuk dua model akan datang mereka, iaitu GPT-4.5 dan juga GPT-5.

Ringkasan AI
  • GPT-4.5 akan dilancarkan dalam beberapa minggu, diikuti oleh GPT-5 dalam beberapa bulan.
  • GPT-4.5 akan menjadi model terakhir tanpa integrasi penaakulan.
  • GPT-5 akan menggabungkan semua model, termasuk model o3, dengan akses penaakulan yang berbeza untuk pengguna percuma, ChatGPT Plus, dan ChatGPT Pro.

Sam mengatakan GPT-4.5 akan hadir dalam tempoh masa beberapa minggu, sementara GPT-5 pula akan menyusul dalam tempoh masa beberapa bulan.
OPENAI ROADMAP UPDATE FOR GPT-4.5 and GPT-5: We want to do a better job of sharing our intended roadmap, and a much better job simplifying our product offerings. We want AI to just work for you; we realize how complicated our model and product offerings have gotten. We hate
— Sam Altman (@sama) February 12, 2025
GPT-4.5 dijangka menjadi model terakhir di ChatGPT yang menawarkan model tanpa integrasi penaakulan.
Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini, ChatGPT menawarkan dua model berbeza, iaitu model GPT4 dan juga model baharu dengan nama “o” memfokuskan kepada integrasi penaakulan dalam memberikan jawapan.
Bermula GPT-5 kelak, ChatGPT dan penawaran API mereka akan mengintegrasikan kedua-dua model dalam satu, termasuk model o3 di dalamnya.
Ia dikatakan model o3 tidak akan ditawarkan secara berasingan, dan tersedia dalam GPT-5 sahaja.
Dengan langkah ini, pengguna percuma GPT-5 akan ditawarkan akses secara terhad untuk ciri penaakulan secara automatik, tetapi pengguna ChatGPT Plus boleh menjalankan sokongan penaakulan pada tahap tinggi, dan pengguna ChatGPT Pro akan menyokongnya pada tahap lebih tinggi lagi.
Dengan perkongsian ini, sama-sama kita nantikan pengenalan GPT-4.5 dalam beberapa minggu lagi, sebelum pengenalan GPT-5. -Amanz
Topic Berkaitan
#ChatGPT
#Sam Altman
#OpenAI
#GPT-5
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan