awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEO, Pengerusi Able Global bebas tahanan reman SPRM

Bernama
Bernama
18/02/2025
13:30 MYT
CEO, Pengerusi Able Global bebas tahanan reman SPRM
Able Global Bhd (Able Global) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Edward Goh Swee Wang dan Pengerusi Ng Keng Hoe sudah dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
KUALA LUMPUR: Able Global Bhd (Able Global) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Edward Goh Swee Wang dan Pengerusi Ng Keng Hoe sudah dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Goh dan Ng juga adalah Pengarah Eksekutif syarikat tersebut.
Able Global dalam kenyataan hari ini berkata Goh ditahan reman oleh SPRM baru-baru ini bagi membantu siasatan suruhanjaya itu berkaitan hal ehwal syarikat persendirian milik Ng.
"Syarikat ingin mengulangi kenyataan bahawa CEO syarikat direman bagi membantu siasatan dan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai siasatan yang sedang dijalankan.
"Beliau sudah menyambung semula tugasnya dan operasi perniagaan syarikat sudah diteruskan seperti biasa," kata pengilang produk tenusu dan pembuat tin tersebut.
Able Global berkata syarikat itu kekal komited bagi memastikan ketelusan dan piawaian tadbir urus korporat yang terbaik.
Kaunter ditutup tidak berubah pada RM1.51 pada Isnin di Bursa Malaysia dengan 1.28 juta saham diniagakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Able Global
#SPRM
#bebas tahanan reman
#Edward Goh Swee Wang
#Ng Keng Hoe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan