BARU-BARU ini saya menyampaikan syarahan di Sidang Kemuncak Komunikasi ASEAN di Kuala Lumpur. Di sana, saya seorang tukang cerita berada di kalangan orang-orang teknologi, pengasas syarikat permulaan dan pejuang data. Mesej yang dibawa oleh pelbagai penyampai syarahan itu adalah kuat dan jelas: Selamat tinggal pada subjektiviti, Abad ke-21 ini adalah zaman Data Besar (iaitu keupayaan memproses set data besar dalam bentuk quintilion bait maklumat).
Tetapi adakah itu realitinya?
Tahun lalu, ketika di puncak pilihan raya AS, saya berada di Houston, Texas bersama dengan dua orang Mexico-Amerika yang bersaudara, Vidana yang tinggal di luar kota bandar raya kaya minyak itu. Dua orang konservatif yang menyukai senjata api itu adalah penyokong kuat Donald Trump walaupun mereka berketurunan Latino. Perkara ini mengelirukan saya: Calon berambut oren itu mengancam untuk membina tembok dan menendang keluar orang-orang seperti mereka!
Tetapi setelah mengambil masa beberapa hari bersama mereka, lepak di taqueria (kedai taco), mengkagumi kedai senjata api kecil mereka, bercakap dengan ibu bapa mereka (dan sepupu serta datuk nenek mereka, dan seterusnya), saya dapat merasakan mengapa mereka mungkin memandang tinggi pada Trump.
Duduk di halaman belakang rumah mereka --- di mana seorang pengedar dadah telah meninggalkan lubang-lubang kesan peluru pada pagar mereka --- saya dapat merasakan keperitan perasaan mereka terhadap keadaan status quo, keinginan mereka untuk perubahan yang mana tiada tinjauan yang dapat mengesan kekecewaan mereka pada skala dari 1 hingga 10.
Pada hari pengundian, New York Times menyiarkan ramalan mereka bahawa terdapat 85 peratus peluang Clinton akan menang. Selepas berminggu-minggu bercakap depan-depan dengan orang biasa dari orang yang pelbagai latar belakang kehidupan dari banyak tempat di Amerika Syarikat, saya tidak begitu pasti.
Malam itu, ketika duduk dalam hotel di kawasan separa desa di Michigan (kelihatannya ia menjadi pusat utama gelombang pro-Trump), saya menanggung satu perasaan tidak senang bahawa "bekas" bintang TV itu akan berjaya.
Dengan saya berasa kecewa, beliau menang. Ia merupakan tamparan pada peramal itu, yang kemungkinan masih tidak dapat pulih.
Akhirnya, pergantungan naif terhadap data semata-mata menggagalkan kita.
Jangan salah tanggap pada saya: data adalah penting. Pertumbuhan GDP, inflasi, kadar pengangguran, pendapatan kasar --- semua fakta ini dan angka merupakan tulang belakang pada mana-mana analisis yang wajar.
Tetapi dalam sebuah dunia yang sedang tenggelam dalam data, mengetahui angka sahaja tidak mencukupi.
Facebook mengumpul maklumat ke atas setiap pos yang anda suka. Google merekodkan setiap carian anda buat dan Instagram mengingati setiap foto anda muat naik. Kita tanda tangan melepaskan privasi kita dan membenarkan Abang Besar mengetahui perincian kehidupan kita, kadang kala lebih banyak daripada apa yang diketahui oleh kawan paling rapat dan keluarga kita. Lambakan data telah membawa kemudahan yang dipadankan dengan kita seperti Siri Apple, tetapi atas harga apa?
Baru-baru ini, didedahkan bahawa terdapat kebocoran besar maklumat 46 juta pengguna telefon bimbit di Malaysia, mendedahkan alamat rumah, nombor kad pengenalan dan dalam beberapa kes, rekod perubatan. Terdapat sebahagiannya nombor telefon yang tidak dikenali tetapi didaftar atas nama mereka. Peristiwa itu mendedahkan sisi gelap data --- lebih banyak maklumat boleh bermakna lebih risiko.
Pada waktu sama, kita mesti berhati-hati dalam menjadikan data suatu yang dipuja. Beberapa tahun lalu, dapat disaksikan pengumpul tinjauan menunggang gelombang keterujaan pada Data Besar, meningkat naik ke status bintang rock dalam litar pemikiran politik --- hanya mendapat tamparan di muka apabila ramalan mereka nyata meleset.
Terlalu banyak tinjauan gagal meramalkan kemaraan Trump, Brexit dan kemunculan gerakan ethno-nasionalis di seluruh Eropah.
Dalam bukunya "Weapons of Math Destruction" (Senjata Kemusnahan Matematik), ahli matematik latihan-Harvard, Cathy O'Neil memberi amaran tentang kepercayaan buta tuli terhadap data besar. Beliau berhujah bahawa "objektiviti " ialah suatu "tipu helah pemasaran" yang menunjukkan bahawa algorithma tulen adalah sebenarnya dicemari dengan andaian palsu yang pada hakikatnya mengukuhkan bias manusia.
Ada kalanya, berpegang pada data yang kita ketahui boleh memerangkap kita dalam sejarah. Lagipun tidak ada data bagi idea baharu yang tidak diuji lagi.
Kesemua ini menunjukkan bahawa data bukanlah destini.
Tetapi kita juga tidak boleh secara membuta tuli mengikut perasaan hati kecil kita.
Sebaliknya, hati kecil manusia bersama dengan maklumat adalah cara untuk kita maju ke depan.
Kita memerlukan maklumat data dan bukannya pacuan data. Terdapat perbezaan antaranya.
Pada September, suatu tinjauan oleh institut penyelidikan Social Weather Stations (SWS) melaporkan penurunan 15 mata pada penarafan keyakinan kepada Presiden Filipina Rodrigo Duterte. Kumpulan pembangkang dan media dengan segera menyertai gerakan yang mengisytiharkan berakhirnya "bulan madu" pemimpin kontroversi itu.
Saya terbang ke Filipina dan mewawancara beberapa penyokong Duterte untuk mengetahui apa yang mendorong perubahan itu.
Salah seorang daripada mereka ialah Manuel S. Abad, seorang pengurus jualan berusia 49 tahun yang tinggal di Metro Manila. Beliau mengakui keprihatinan terhadap korban dalam perang dadah, tetapi akhirnya beliau kekal teguh pada sokongannya terhadap presiden itu.
"Duterte telah membawa hasil yang jelas, dan hidup saya telah menjadi lebih baik dalam bentuk yang amat penting sejak beliau menyandang jawatan itu. Rakyat boleh merasakan perkara itu."
BACA: Ceritalah ASEAN - Di La Loma, Duterte Masih Disanjung
Hari-hari selepas tinjauan SWS itu, satu lagi kajian dibuat oleh firma yang bersaing dengannya, Pulse Asia menunjukkan hanya terdapat penurunan satu peratus dalam penarafan keyakinan terhadap presiden --- dalam margin kesilapan.
Dalam menghadapi data yang bercanggah di antara satu sama lain, tidak ada sesuatu yang boleh menggantikan kehadiran di peringkat bawah.
Kesilapan itu berada pada perkara-perkara terperinci, dan selalunya angka tidak dapat mengesan kepelbagaian dalam sentimen manusia.
Menurut tinjauan, para pengundi keberatan mendedahkan konflik dalaman diri mereka, dan cuba meringkaskan perasaan kompleks mereka kepada dikotomi mudah: Ya atau Tidak.
Ruang antara "Ya" atau "Tidak" adalah di mana terdapat kebenaran.
Akhirnya, data adalah seperti perkataan dalam mana-mana karya sastera --- anda perlu menafsirkannya.
Walaupun banyak mana saintis di kalangan kita menginginkan sepatah perkataan tanpa bias, kita semua masih manusia --- itu bermakna ketidaktentuan.
Dan ketika kadangkala saya mungkin merungut terhadap fikiran tidak rasional, percanggahan dan kecelaruan sifat alami manusia, pada akhirnya, saya tidak mengubah apa-apa.
Asia Tenggara ---- dan manusia ---- semuanya menjadi lebih menarik kerana itu.
Karim Raslan
Mon Nov 27 2017
Manuel S Abad, 49, adalah pendukung kuat Presiden Filipina Rodrigo Duterte. Foto Karim Raslan
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Kaedah 'big data' boleh disesuaikan dengan pendekatan normal baharu - Maszlee
Tenaga pengajar perlu menggunakan kreativiti mereka untuk mencungkil daya pemikiran kritikal dalam kalangan murid dan pelajar.