awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ceroboh Menara Merdeka 118: 'Jangan bazir bajet negara cari kami' - Pasangan Rusia

Faida Rahim
Faida Rahim
10/01/2023
10:17 MYT
Ceroboh Menara Merdeka 118: 'Jangan bazir bajet negara cari kami' - Pasangan Rusia
Beerkus, berkata usaha untuk memanjat puncak menara bukan mudah dan tindakan mereka memanjat bagi meningkatkan keyakinan diri. - Gambar fail/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Lelaki warga Rusia, Ivan Beerkus yang menceroboh Menara Merdeka 118 memaklumkan dia dan pasangannya sudah tidak berada di Malaysia.
Menerusi hantaran di Instagram, Beerkus memohon pihak berkuasa supaya berhenti daripada menjejak lokasi mereka.
“Jangan bazirkan bajet (duit) negara untuk mencari kami di Malaysia. Kami sudah tiada di Malaysia lagi,” tulisnya.
Menara Merdeka 118 | Polis rujuk MCMC pastikan video tular ceroboh menara tulen
Beerkus berkata, usaha untuk memanjat puncak menara itu bukan mudah dan tindakan mereka adalah bagi meningkatkan keyakinan diri.
“Kami menunggu di tempat persembunyian kecil di dalam Menara Merdeka 118 lebih 20 jam dalam keadaan kehabisan air, makanan, selain tidak dapat menggunakan tandas serta meregangkan kaki atau bernafas di tengah-tengah semua habuk pembinaan.
“Persediaan kami untuk mendaki mengambil beberapa hari. Bangunan itu telah meningkatkan langkah keselamatan dan kami terpaksa membuat perancangan yang kukuh,” tulisnya sambil berkata aktiviti pendakian adalah cara untuk mencabar diri bersama pasangannya, Nikola Angelai.Sebelum ini, Angelai mendedahkan perbuatan menceroboh bangunan tersebut.
Jelasnya, misi tersebut dimulakan dengan menyamar termasuk memakai tudung, cermin mata dan seragam pekerja bangunan untuk memastikan tidak dikesan pihak keselamatan.
Dia turut mendakwa perkara itu tidak disedari oleh mana-mana pihak.
Topic Berkaitan
#Menara Merdeka 118
#Lelaki Rusia
#Ivan Beerkus
#Nikola Angelai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan