awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chap Goh Mei: Hanya bunga api 'Happy Boom', mercun 'Pop Pop' dibenarkan - Polis

Bernama
Bernama
12/02/2022
06:48 MYT
Chap Goh Mei: Hanya bunga api 'Happy Boom', mercun 'Pop Pop' dibenarkan - Polis
Chap Goh Mei disambut 15 hari selepas Tahun Baharu Cina. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya membenarkan penjualan bunga api jenis Happy Boom dan mercun Pop Pop sempena perayaan Chap Goh Mei, Selasa depan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata ini kerana bunga api dan mercun berkenaan tidak mengandungi bahan bakar yang boleh membahayakan keselamatan.
Bagaimanapun, beliau berkata penjualan kedua-dua produk itu masih memerlukan permit dari Ibu Pejabat Polis Daerah dan mengikut spesifikasi ditetapkan.
"PDRM mengingatkan orang ramai bahawa larangan memiliki, menjual, membeli dan bermain mercun serta bunga api masih lagi berkuat kuasa sempena mana-mana perayaan termasuklah sambutan Tahun Baharu Cina dan perayaan Chap Goh Mei," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, sesiapa didapati memiliki, menjual, membeli atau bermain mercun atau bunga api selain daripada yang dibenarkan, boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).
Abd Jalil berkata mereka yang bermain atau membakar mercun dan bunga api dilarang juga boleh dihukum penjara tidak melebihi sebulan atau denda sehingga RM100 atau kedua-duanya mengikut peruntukan Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chap Goh Mei
#Happy Boom
#mercun pop pop
#Abd Jalil Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan