GADGETS
ChatGPT Search akan berkongsi data bersama penyedia ketiga, Bing

ChatGPT Search menyediakan pemalam untuk Google Chrome dan berkongsi data carian dengan pihak ketiga seperti Bing, menunjukkan kerjasama berterusan antara OpenAI dan Microsoft. -Amanz
OPENAI pada minggu ini telah memperkenalkan enjin carian mereka tersendiri, dinamakan ChatGPT Search.
Ringkasan AI
- OpenAI memperkenalkan enjin carian ChatGPT Search yang diintegrasikan terus pada ChatGPT, membolehkan carian masa nyata dan jawapan segera.
- ChatGPT Search menyediakan pemalam untuk Google Chrome dan berkongsi data carian dengan pihak ketiga seperti Bing, menunjukkan kerjasama berterusan antara OpenAI dan Microsoft.
- Buat masa ini, ChatGPT Search hanya tersedia untuk pengguna pelan berbayar, tetapi dijangka diperluaskan kepada pengguna pelan percuma tidak lama lagi.
Terbaharu, melalui halaman bantuan ChatGPT, turut dimaklumkan bahawa pihak ChatGPT akan berkongsi pelbagai perkara berkenaan carian kepada pihak ketiga seperti Bing.
Ini sekali gus memperlihatkan kerjasama OpenAI dan Microsoft masih berterusan, walaupun ChatGPT Search bersaing dengan Bing.
Pada masa yang sama, data berkenaan lokasi carian dan sebagainya juga turut akan dihimpunkan dan dikongsikan bersama penyedia ketiga ini, iaitu Bing.
ChatGPT Search buat masa ini ditawarkan untuk pengguna pelan berbayar sahaja, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna pelan percuma tidak lama lagi. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami