MALAYSIA menduduki tempat keenam sebagai destinasi makanan terbaik dunia oleh CNN.
Chef selebriti Malaysia yang terkenal di peringkat antarabangsa, Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, berpendapat bahawa Malaysia seharusnya berada di puncak senarai pungutan suara ini.
"Lima pilihan daripada segi kepelbagaian sepatutnya: nombor satu Malaysia, diikuti oleh Itali, Thailand, Jepun dan India," kata Chef Wan.
Ragu-ragu dengan pungutan suara yang dianjurkan saluran kabel dan televisyen Amerika Syarikat itu, Chef Wan berkata makanan Filipina sepatutnya berada di tangga tercorot.
Tambahnya lagi, senarai CNN ini tidak mencerminkan imej sebenar makanan di negara yang tersenarai ini sama sekali.
"Filipina diketahui umum sebagai mempunyai makanan yang paling teruk di Asia. Tanya sahaja mana-mana chef, dan mereka akan memberitahu anda yang saya betul."
"Saya melihat makanan dari segi kepelbagaiannya dan rasanya yang mencerminkan budaya dan makanan, dan itulah sebabnya Malaysia sepatutnya menjadi yang pertama untuk destinasi makanan terbaik dunia," kata Chef Wan.
CNN telah memaparkan senarai destinasi makanan dan masakan paling popular di dunia di laman webnya. Senarai ini berdasarkan undian pembaca melalui Facebook CNN.
Teratas dalam pungutan suara ini adalah Taiwan dengan 8,242 undi. Menurut CNN, ini mungkin kerana ciri masakan di negara itu yang cukup asas.
Itali dan Greece adalah negara bukan Asia yang mendapat tempat dalam senarai ini, sekali gus membuktikan bahawa makanan Asia telah menguasai tunas rasa masyarakat dunia.
Filipina di kedudukan kedua dengan 1,528 undi, diikuti Itali dengan hanya 810 undi.
Negara syurga sushi, Jepun jatuh di nombor tiga manakala Malaysia di tempat keenam dengan 265 undi.
Kurang satu undi di bawah Malaysia ialah Hong Kong, di tempat ketujuh.
Tiga negara terbawah dengan undian paling rendah ialah India 205 undi, Greece 167 undi, dan Vietnam 162 undi.
Linawati Adnan
Wed Jun 17 2015

"Malaysia sepatutnya di tangga teratas senarai destinasi masakan terbaik dunia", Chef Wan
![AWANI 7:45 [25/02/2021]: Dakwaan murtadkan isteri | Selangor mulakan program imunisasi AWANI 7:45 [25/02/2021]: Dakwaan murtadkan isteri | Selangor mulakan program imunisasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892533/574697281614258887606_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [25/02/2021]: Dakwaan murtadkan isteri | Selangor mulakan program imunisasi
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Luqman Hariz dan Nailah Huda. Fokus #AWANI745: - Keputusan Mahkamah Persekutuan buka ruang cabar peruntukan syariah. - Keterangan bapa kakak diambil lelaki dakwa murtadkan isteri. - Kadar pengangguran dikurangkan pada 4.8 peratus. #HapusCOVID19 #MyVaksinCOVID19 Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro Awani, Astro Awani apps dan astroawani.com/live-tv

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 25 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Agenda AWANI: Memahami faedah vaksin COVID-19
Lindungi diri, lindungi semua. Pertingkatkan lagi pemahaman kita mengenai faedah vaksin COVID-19. Diskusinya bersama Nazri Kahar dan Pakar Dasar Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng.

Agenda AWANI: SOP ibadah umrah norma baharu
Pastinya ramai umat Islam rindu untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Apakah SOP yang telah digariskan oleh kerajaan Arab Saudi kepada mereka yang ingin menunaikan ibadah umrah? Diskusi Nazri Kahar bersama Ketua Pegawai Eksekutif, TH Travel & Sevices Sdn Bhd, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali.

AWANI Ringkas: ADUN Sebatik umum keluar Warisan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Peniaga gulai itik parah, perut terburai di dalam kereta
Seorang peniaga warung makan berusia 59 tahun ditemui cedera parah dengan perut terburai akibat ditikam orang tidak dikenali dalam kejadian samun di Jalan Lencongan Timur Sungai Petani awal pagi Khamis.

MyFutureJobs | Kerajaan sasar kenaikan 20 peratus penempatan pekerjaan
Kementerian Sumber Manusia meletakkan sasaran kenaikan sekurang-kurangnya 20 peratus dalam penempatan pekerja menerusi MyFutureJobs, tahun ini berbanding tahun lalu.
![[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Feb 2021) [INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Feb 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892524/8967789641614256142621_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Feb 2021)

Thailand terima bekalan pertama vaksin China
Thailand menerima kumpulan pertama 200,000 dos vaksin Sinovac keluaran China dengan Perdana Menteri, Prayuth Chan o-Cha akan menjadi individu pertama disuntik diikuti petugas barisan hadapan dan golongan mudah terjejas.

5 perkara penting kenyataan media harian PKP - 25 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Industri penerbangan kekal tunai negatif sepanjang 2021 - IATA
Di peringkat industri, syarikat penerbangan dijangka tidak akan mencatatkan tunai positif sehingga 2022.

16,380 dos vaksin fasa pertama tiba di Sabah
Pesawat kargo Raya Airways B767-223 yang membawa 16,380 dos vaksin COVID-19 itu mendarat pada pukul 12.42 tengah hari.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MQA mahu kukuh peranan di persada global
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mahu mengukuhkan peranannya di peringkat antarabangsa dalam memberikan akreditasi pendidikan tinggi.

Abang Johari, bakal jadi individu pertama terima vaksin di Sarawak
Pemilihan Abang Johari sebagai individu pertama menerima vaksin Pfizer-BioNtech diharap dapat memberi keyakinan kepada rakyat negeri itu.

Vaksin COVID-19: Merealisasikan 'senyum tanpa topeng, peluk tanpa jarak'
Sekiranya imuniti kelompok berjaya dilaksanakan dalam skala yang besar, maka cogan kata 'senyum tanpa topeng, peluk tanpa jarak' dapat direalisasikan.

Kumpulan pertama vaksin COVID-19 selamat tiba di Sarawak
Pesawat TH543 milik Raya Airways itu membawa 23,400 dos vaksin COVID-19 mendarat pada 6.20 petang.

Kumpulan pertama vaksin tiba di Sarawak pukul 6 petang ini
Bekalan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNtech dijangka tiba di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sekitar pukul 6 petang hari ini.

Pas perjalanan IATA untuk pulihkan industri penerbangan
Pas Perjalanan IATA adalah penyelesaian standard antarabangsa untuk mengesahkan peraturan perjalanan di semua negara.

Anak seniwati Mariani angkat lagu joget di persada antarabangsa
Rozita Rohaizad lakar sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama yang diundang jayakan International Mother Language Day yang diraikan di Aberdeen Multicultural Center, United Kingdom, Ahad lalu.