awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan

Sinar Harian
Sinar Harian
29/04/2024
03:30 MYT
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Che'gu Bard ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin, bagi menghadapi dua pertuduhan kes memfitnah dan menghasut. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dua pertuduhan memfitnah dan menghasut, yang mana ia akan merosakkan nama Yang di-Pertuan Agong pada Januari dan awal bulan ini.
Badrul Hisham, 45, mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
"Saya faham, tidak mengaku salah," kata Badrul Hisham yang memakai baju Melayu berwarna hijau dengan bersamping kuning.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa membuat penerbitan menghasut di Facebook, atas nama 'Chegubard', di Taman Bukit Cheras, pada jam 12.15 tengah hari, 6 April lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi kes kedua, Pengarah Operasi Jabatan Pilihanraya Bersatu Johor itu, dituduh mengeluarkan kenyataan fitnah, yang mana dia mempunyai sebab mempercayai bahawa kenyataan itu akan merosakkan nama baik Agong di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Jalan Sultan Abdul Halim, di sini, pada jam 6 petang, 22 Januari lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Che'gu Bard
#Badrul Hisham Shaharin
#Bersatu
#Mahkamah Sesyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan