Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng adalah petualang dan pengkhianat negara.
Titah baginda perjuangan Chin Peng adalah untuk menjadikan tanah air sebagai sebuah negara komunis.
Sultan Selangor bertitah, ramai yang terkorban semasa perjuangan mempertahankan kedaulatan negara daripada menjadi negara komunis, sekali gus untuk menghalang tujuan terbabit.
"Bukan sahaja itu, banyak nyawa anggota tentera dan polis termasuk orang awam turut terkorban disebabkan perbuatan Chin Peng dan pengganas komunis.
"Beta mengingatkan kepada mereka yang cuba menjadi petualang dan menggadai negara kita kepada pihak luar supaya berwaspada serta menginsafi diri mereka supaya tidak melakukan perkara yang durjana ini," titah baginda semasa berucap pada majlis Lawatan Operasi ke KD Sri Semporna di sini.
Chin Peng, 89, dilaporkan mati di sebuah hospital di Bangkok, Thailand pada 16 Sept lalu akibat sakit tua. Pada hari sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pendirian kerajaan tidak membenarkan mayat atau abu mayat Chin Peng dibawa balik ke negara ini.
Baginda berharap rakyat negara ini mempelajari dan memahami sejarah negara dengan sebaiknya serta jangan menggadai maruah bangsa dan negara hanya kerana ingin mendapat sokongan dan populariti.
"Beta percaya rakyat Malaysia tidak lupa sejarah hitam semasa darurat dahulu," titah Sultan Selangor.
Sementara itu, baginda bertitah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah satu cabang angkatan tentera yang penting dalam mempertahankan kedaulatan negara di negeri ini yang kawasan perairannya luas.
Baginda bertitah, TLDM sudah menjalankan tugas mereka dengan penuh semangat dan dedikasi bagi memastikan perairan negara tidak dicerobohi musuh-musuh negara dan pendatang haram.
"Syabas dan tahniah kepada anggota TLDM kerana berjaya menghadapi cabaran-cabaran yang sengit sepanjang Op Daulat yang dilancarkan berikutan pencerobohan pengganas (di Lahad Datu) yang lalu.
"Justeru itu, dalam mempertahankan kedaulatan negara ini, beta berharap semua pasukan yang terbabit sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia supaya berkerjasama dan sentiasa berkomunikasi untuk tindakan yang lebih berkesan".
Baginda bertitah kerjasama ini penting supaya segala pergerakan dan hala tuju berjalan lancar serta meraih kejayaan cemerlang dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Bernama
Thu Sep 26 2013
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Fitnah: Tiga pemimpin DAP saman Siti Mastura
Tiga pemimpin DAP memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad berhubung ucapan beliau dalam ceramah.
Polis sahkan terima dua laporan terhadap Siti Mastura
Polis mengesahkan menerima dua laporan terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad.
Guan Eng akan mula prosiding undang-undang terhadap Siti Mastura
Datuk Sankara Narayanan Nair dilantik untuk memulakan prosiding terhadap Siti Mastura.
Fitnah Guan Eng: Ahli Parlimen desak jawab, Siti Mastura enggan layan
Perbahasan Siti Mastura Muhammad (PN - Kepala Batas) di Dewan Rakyat pada Selasa sedikit panas apabila beberapa Ahli Parlimen dari kerajaan berulang kali cuba mencelah.
Mohd Rani terpaksa makan hidupan liar demi pertahan negara
Terpaksa makan hidupan liar seperti monyet dan ular untuk meneruskan kelangsungan hidup merupakan antara pengorbanan seorang wira negara dalam mempertahankan tanah air semasa misi membanteras komunis.
Ulang tahun Perjanjian Damai Hatyai: Enam persatuan disahkan haram - Muhyiddin
Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua enam persatuan berkenaan dikenal pasti tidak berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
Ulang tahun Perjanjian Damai Hatyai: Sembilan persatuan dikenal pasti terlibat - Bukit Aman
Empat individu dikenal pasti memberi ucapan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek Ronnie Liu, editor Persatuan Persahabatan Abad ke-21, wakil PKM dan wakil Persatuan Kawan Karib Sarawak.
Gambar ala komunis bukan di Malaysia - Polis
Siasatan mendapati gambar-gambar tersebut diambil pada 2 Dis 2019 semasa majlis tersebut berlangsung di Hotel Lee Garden, Hatyai, Thailand.
Tujuh individu beri keterangan bawa balik abu mayat Chin Peng
Lima lagi individu telah memberi keterangan berhubung isu membawa pulang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke negara ini.
Jangan hangatkan isu abu Chin Peng - Anwar
Anwar Ibrahim tegaskan, isu abu pemimpin Parti Komunis Malaysia (PKM), mendiang Chin Peng yang dibawa masuk ke negara ini oleh sekumpulan individu baru baru ini tidak perlu dihangatkan.