awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China negara pertama berjaya jalankan operasi reaktor nuklear thorium secara berterusan

Amanz
Amanz
19/04/2025
04:40 MYT
China negara pertama berjaya jalankan operasi reaktor nuklear thorium secara berterusan
China telah memulakan kajian reaktor nuklear thorium yang lebih selamat, dengan sebuah reaktor telah beroperasi di Gurun Gobi sejak Jun 2024. -Amanz
KUASA elektrik yang dijana menerusi pembelahan nuklear dicipta oleh Enrico Fermi pada tahun 1942.

Ringkasan AI
  • China telah memulakan kajian reaktor nuklear thorium yang lebih selamat, dengan sebuah reaktor telah beroperasi di Gurun Gobi sejak Jun 2024.
  • Saintis Akademi Sains Cina berjaya menambah bahan api ke dalam reaktor thorium tanpa gangguan operasi, meletakkan China di hadapan dalam penggunaan sumber tenaga ini.
  • Reaktor thorium tidak memerlukan bekalan air yang banyak untuk sistem penyejukan dan dianggap lebih bersih berbanding reaktor nuklear semasa kerana tidak menghasilkan plutonium-239.

Walaupun kuasa elektrik tinggi dapat dijana dengan bahan api yang kecil, terdapat risiko radiasi dan bahan api yang kemudiannya memerlukan puluhan ribu tahun untuk dilupuskan.
Oleh itu China sudah memulakan kajian reaktor nuklear thorium yang lebih selamat dengan sebuah reaktor telah beroperasi di Gurun Gobi sejak Jun 2024.
Saintis Akademi Sains Cina mengumumkan kejayaan menambah bahan api ke dalam reaktor thorium tanpa gangguan operasi.
Ini ialah kali pertama ia berjaya dilakukan sekali gus meletakkan China di hadapan dalam penggunaan sumber tenaga ini menurut laporan SCMP.
Bahan api thorium-232 dalam bentuk garam lebur menggantikan bahan api uranium. Apabila dibedil dengan neutron pada suhu 600 darjah Celsius, ia akan berubah menjadi isotop uranium-233 yang kemudiannya menjalani proses pembelahan nuklear.
Haba terhasil mengubah air menjadi stim yang menggerakkan generator elektrik. Thorium juga wujud lima kali ganda lebih banyak di bumi berbanding plutonium.
Satu lagi kelebihan reaktor ini ialah ia tidak memerlukan bekalan air yang banyak untuk sistem penyejukan. Ini adalah sebab mengapa reaktor dibina di Gurun Gobi bagi membuktikan ia bukan sekadar teori.
Uranium-233 mempunyai separuh hayat 500 tahun sahaja berbanding Uranium-235 yang mencecah 10,000 tahun.
Plutonium-239 juga tidak dihasilkan oleh itu tiada isu ia kemudiannya digunakan untuk menghasilkan senjata nuklear. Maka oleh sebab itulah ia dianggap lebih bersih berbanding reaktor nuklear semasa.
Reaktor prototaip yang sedang dibina di China hanya sebesar 3 x 2.5 meter dengan kemampuan menjana 2 MW tenaga.
Sekiranya semuanya berjalan lancar, versi lebih besar dengan output 100 MW akan dibina di seluruh China dan 30 lagi di negara-negara di bawah inisiatif One Belt One Road (OBOR).
Selain membina reaktor thorium, China juga secara selari membangunkan reaktor perlakuan nuklear menggunakan teknologi tokamak dan turut mempunyai ladang solar terbesar dunia bagi memenuhi sasaran menjana bekalan elektrik menggunakan teknologi yang lebih lestari. -Amanz
Topic Berkaitan
#China
#reaktor nuklear thorium
#Gurun Gobi
#plutonium-239
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan