awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mat Sabu selar tindakan beberapa negara Islam sertai Perjanjian Abraham
OpenAI sahkan peranti AI pertama bakal diperkenal pertengahan kedua 2026
Lebih 300 dikompaun, pesalah buang sampah diwajib buat khidmat masyarakat - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chow pemimpin berhemah, laksana projek pencetus perubahan di Pulau Pinang - Sim

Bernama
Bernama
19/01/2026
22:30 MYT
Chow pemimpin berhemah, laksana projek pencetus perubahan di Pulau Pinang - Sim
Steven berkata, Chow telah memulakan beberapa projek infrastruktur berskala besar yang disifatkan sebagai pencetus perubahan untuk Pulau Pinang. - Gambar Facebook Steven Sim
GEORGE TOWN: Ketua Menteri, Chow Kon Yeow disifatkan sebagai seorang pemimpin berhemah, merendah diri serta cekap dalam melaksanakan dasar, khususnya melibatkan pembangunan infrastruktur di Pulau Pinang.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim berkata, dalam tempoh dua tahun ini, Chow telah memulakan beberapa projek infrastruktur berskala besar yang disifatkan sebagai pencetus perubahan untuk Pulau Mutiara dengan nilai hampir RM30 bilion.
Beliau berkata, keupayaan Ahli Parlimen Batu Kawan itu bukan sekadar terhad kepada perancangan atau pengumuman, sebaliknya menekankan pelaksanaan sebenar projek-projek berkenaan.
"Chow terkenal sebagai seorang pemimpin berhemah tinggi dan merendah diri, namun bagi saya, beliau juga seorang pelaksana dasar yang amat cekap.
"Pemimpin yang hebat tak perlu maki hamun, sumpah seranah, bising-bising, tetapi menjadi pelaksana kata-kata. Jalan teruih (terus) CM (Ketua Menteri)," kata Sim yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang dalam hantaran di Facebooknya padsa Isnin.
Sebelum ini, Chow memaklumkan sebanyak 122 projek sambungan dirancang dilaksanakan pada 2026 di Pulau Pinang, merangkumi infrastruktur awam, kemudahan masyarakat serta projek khas ekonomi termasuk Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua (JSD), Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA).
Selain itu, pelaksanaan projek strategik seperti Penang IC Design and Digital Park, Penang Chip Design Academy dan Silicon Research and Incubation Space juga dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi serta menarik pelaburan syarikat teknologi global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chow Kon Yeow
#pemimpin
#perubahan
#pulau pinang
#Steven Sim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan