Nama Feeya Iskandar atau lebih mesra dengan panggilan Cik Piah mula mekar dalam industri seni tempatan apabila diberi peluang mengacarakan Maharaja Lawak Mega (MLM). Siapa sangka pemilik Diploma Pengurusan Seni dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini bakal menyerikan pentas seni seiring dengan barisan selebriti yang sedang membina nama. Ya, jumlah followers di akaun Instagramnya yang mencanak naik selepas program MLM membuktikan kehadirannya diterima ramai. Katanya, walaupun masih muda, perlu ada persediaan awal agar kulit mampu mengekalkan keremajaannya hingga ke usia emas.
pictur-esadadas.jpg
Masih muda tetapi Feeya begitu mengambil berat tentang kecantikan. Komen?
Kecantikan itu penting bagi saya. walaupun usia masih muda. Langkah awal dalam memelihara kulit banyak membantu mengekalkan keremajaan kulit untuk jangka panjang. Apabila kita jadi personaliti media massa, orang akan perhati perubahan kita. Kalau badan naik sikit pun ada teman yang tegur. Begitu juga kalau wajah dah mula berjerawat, pasti ada yang bertanya. Untuk rambut, saya berkunjung ke salun dua kali sebulan untuk lakukan rawatan bagi memastikan hujung rambut tidak bercabang. Justeru, saya peruntukkan lebih kurang RM500 sebulan untuk menjaga kecantikan termasuk penjagaan kulit dan rawatan rambut.

Anggota badan yang menjadi asset penting bagi Feeya?
Hmm, saya suka dengan mata saya, haha! Ramai yang memuji akan keindahan ciptaan Tuhan yang saya miliki ini. Syukur, alhamdulillah.

Definisi cantik di mata Feeya?
Cantik bukan sahaja dilihat daripada rupa paras seseorang. Perwatakan dan cara seseorang itu membawa diri dapat menyerlahkan kecantikan sebenar. Misalnya jika seseorang itu tersenyum, dia masih nampak cantik dan manis walaupun raut wajahnya biasa-biasa sahaja.