awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi lewat setakat Dis 2025 - Fadillah
Ringgit dijangka meningkat kepada 3.94 berbanding dolar AS menjelang akhir 2026 - AmBank
FAM nafi AFC ambil alih pentadbiran susulan dakwaan peletakan jawatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cikgu Saleh, bapa Ketua Pemuda UMNO Muhamad Akmal meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
11/07/2025
02:30 MYT
Cikgu Saleh, bapa Ketua Pemuda UMNO Muhamad Akmal meninggal dunia
Gambar kenangan Dr Muhamad Akmal bersama bapanya, Saleh Lempah. Allahyarham Saleh meninggal dunia pada jam 9.10 pagi tadi. - Gambar Facebook Akmal Saleh
KUALA LUMPUR: Bapa kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, iaitu Saleh Lempah, meninggal dunia pada jam 9.10 pagi tadi.
Allahyarham yang berusia 66 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau menerusi satu hantaran di akaun Facebook beliau.
“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kesayangan kami, Cikgu Saleh bin Lempah, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi, jam 9.10 pagi.
“Mohon doakan agar ayahanda kami diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan kekasih Allah,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Dr Muhammad Akmal memaklumkan, jenazah Allahyarham ayahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Rahim, Merlimau, Jasin, selepas solat Jumaat.
Sebelum ini, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka itu pernah berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan kesihatan bapanya yang dilaporkan semakin merosot sejak akhir bulan lalu.
Dr Muhammad Akmal turut meminta orang ramai yang mengenali Allahyarham agar mendoakan kesejahteraan dan keampunan buat insan tersayang itu.
Topic Berkaitan
#Ketua Pemuda UMNO
#Muhamad Akmal Saleh
#Cikgu Saleh Lempah
#bapa Akmal Saleh meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan