awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cikgu sekolah memandu maut nahas di LPT

Sinar Harian
Sinar Harian
01/09/2024
03:00 MYT
Cikgu sekolah memandu maut nahas di LPT
Keadaan motosikal jenis Yamaha RXZ ditunggang mangsa selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 240.8 LPT1 arah barat di sini, pada Sabtu malam. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Seorang pengajar sebuah akademi memandu maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 240.8 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah barat di sini, pada Sabtu malam.
Dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa, Nur Ashikin Ibrahim, 29 beralamat dari Jaya Gading di sini mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pemandu kereta, seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta jenis Toyota Vios dipandu warga emas itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kemaman menghala ke Kuantan manakala mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ juga dari arah sama.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa yang berada di lorong kanan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum dilanggar kereta dipandu lelaki warga emas yang datang dari arah belakang," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, mangsa yang cedera dihantar ke HTAA bagaimanapun disahkan meninggal dunia jam 10.31 malam ketika menerima rawatan di zon merah, wad kecemasan hospital itu.
"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HTAA untuk proses bedah siasat.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#cikgu sekolah memandu
#LPT1
#motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan