awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cipta kelainan berbuka puasa di sawah padi

Sinar Harian
Sinar Harian
01/04/2024
11:00 MYT
Cipta kelainan berbuka puasa di sawah padi
Program menghimpunkan pesawah bersama ahli keluarga dengan memilih kawasan lapang di sawah padi.
BESUT: Penanam padi di Hulu Besut mencipta kelainan dengan menjadikan kawasan sawah padi sebagai lokasi untuk majlis berbuka puasa sambil menikmati keindahan pemandangan tanaman padi pada waktu senja.
Ketua Tani Kumpulan Pengguna Air (KPA) TPBA, Wan Abdullah Wan Abdul Kadir berkata, program tersebut merupakan acara tahunan setiap kali Ramadan dengan menghimpunkan pesawah yang mengerjakan tanaman padi di kawasan berkenaan.
Menurutnya, program itu melibatkan pesawah dari tiga kampung utama iaitu Kampung Padang Baloh, Kampung Jeram Melintang dan Kampung Gong Resam serta kawasan berhampiran.
"Program ini menghimpunkan pesawah bersama ahli keluarga dengan memilih kawasan lapang dan jalan utama ISU 4 di Kampung Padang Baloh sebagai lokasi berbuka puasa.
"Lebih 60 hidangan telah disediakan untuk memenuhi keperluan orang ramai selain mereka turut diminta membawa hidangan masing-masing untuk berbuka puasa.
"Program ini dapat merapatkan ukhuwah antara pesawah dan keluarga serta mencerminkan semangat kebersamaan di kalangan mereka," katanya ketika ditemui pemberita di program tersebut baru-baru ini.
Wan Abdullah berkata, program yang bermula jam 6 petang itu turut diadakan pelbagai acara keagamaan termasuk ceramah, tazkirah dan solat berjemaah.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Suhaimi Husin, berkata pihaknya berhasrat untuk menjadikan acara tersebut sebagai program wajib tahunan.
"Ini kerana kita lihat sambutan yang baik diberikan oleh petani dan pesawah sekali gus program yang bagus sebegini perlu dijadikan acara wajib tahunan," ujarnya. - Sinar Harian
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#jendela ramadan
#berbuka puasa
#sawah padi
#Hulu Besut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan