awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ciri AI Ray-Ban Meta kini diaktifkan kepada semua

Amanz
Amanz
24/04/2025
07:00 MYT
Ciri AI Ray-Ban Meta kini diaktifkan kepada semua
Semua cermin mata pintar Ray-Ban Meta kini boleh melakukan alih bahasa masa nyata, menstrim muzik, dan menghantar mesej. -Amanz
SEMUA cermin mata pintar Ray-Ban Meta kini boleh melakukan alih bahasa secara masa nyata, menstrim muzik daripada perkhidmatan penstriman muzik dan menghantar mesej.

Ringkasan AI
  • Semua cermin mata pintar Ray-Ban Meta kini boleh melakukan alih bahasa masa nyata, menstrim muzik, dan menghantar mesej.
  • Ciri alih bahasa masa nyata menyokong bahasa Inggeris, Itali, Perancis, dan Sepanyol, dan boleh digunakan di luar talian jika pek bahasa dimuat turun.
  • Ray-Ban Meta akan mula dijual di Emiriah Arab Bersatu, India, dan Mexico dalam masa terdekat.

Sebelum ini ciri ini hanya diberikan kepada ahli Early Access Program dengan ia juga mengaktifkan ciri ia memahami apakah yang sedang dipandang oleh pemilik Ray-Ban Meta.
Menerusi ciri alih bahasa masa nyata, cermin mata pintar ini boleh mengalih bahasa Inggeris, Itali, Perancis dan Sepanyol secara masa nyata.
Jika pek bahasa dimuat turun pada peranti, ciri ini boleh digunakan di luar talian.
Ciri penstriman muzik daripada Spotify, Amazon Music, Shazam, dan Apple Music juga kini diberikan kepada pengguna di luar Amerika Syarikat dan Kanada.
Arahan suara untuk menghantar mesej menerusi Messenger, WhatsApp dan aplikasi pemesejan pilihan menggunakan suara juga kini boleh dilakukan oleh semua.
Cir Live AI yang membolehkan perbualan dengan Meta AI dan ia memahami apa yang sedang dipandang walau bagaimanapun masih lagi terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja.
Meta turut mengatakan Ray-Ban Meta akan mula dijual secara rasmi di Emiriah Arab Besatu, India dan Mexico dalam masa terdekat. -Amanz
Topic Berkaitan
#Meta
#cermin mata pintar
#Ray-Ban
#alih bahasa masa nyata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan