GADGETS
Ciri Look Around kini boleh digunakan di Apple Maps versi web

Look Around membolehkan pengguna melihat keadaan sekeliling dengan pandangan 360 darjah dalam tingkap kecil. -Amanz
CIRI Look Around adalah seakan Street View di Apple Maps.
Ringkasan AI
- Ciri Look Around yang seakan Street View kini boleh diakses melalui Apple Maps versi web.
- Look Around membolehkan pengguna melihat keadaan sekeliling dengan pandangan 360 darjah dalam tingkap kecil.
- Pada masa ini, Look Around hanya tersedia di beberapa lokasi seperti Amerika Syarikat, UK, EU, dan Singapura. Rakaman untuk Malaysia telah dilakukan tetapi belum diaktifkan.
Look Around membolehkan pengguna melihat keadaan sekeliling lokasi dengan pandangan 360 darjah dalam sebuah tingkap kecil.
Lokasi yang menyokong Look Around akan mempunyai ikon teropong pada bucu peta.
Pada ketika ini, sokongan Look Around hanya diberikan di beberapa lokasi tertentu sahaja seperti Amerika Syarikat, UK, EU, Singapura, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Hong Kong, New Zealand, Portugal, dan Sepanyol.
Rakaman untuk Malaysia telahpun dilakukan pada November tahun lalu tetapi sehingga kini ia belum diaktifkan.
Bagi mereka yang ingin mencuba ciri Look Around versi web, anda boleh melawat laman Apple Maps Beta. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami